Khamis, 30 April 2009

Ikan Pari


Ikan pari air tawar ini bukanlah yang paling besar di dunia tetapi saiznya sahaja sudah pasti cukup menakutkan, namun ia bukan pari yang dicari oleh seorang ahli biologi dari Universiti Nevada-Reno, Zeb Hogan dalam pencarian spesies ikan air tawar terbesar dunia.

Pencarian pada April lalu dalam projek Megafishes yang ditaja oleh National Geographic Society itu tercetus apabila terdengar cerita nelayan tempatan yang berjaya menangkap seekor ikan pari seberat 500 kilogram dengan lebar sayap sepanjang 4.3 meter di sungai tersebut.

Projek tiga tahun itu bertujuan mendokumentasi dan melindungi ikan air tawar raksasa dengan berat sekurang-kurangnya 91 kilogram dan panjang 1.83 meter selain memecahkan rekod ikan air tawar terbesar dunia yang dipegang oleh seekor ikan keli raksasa seberat 293 kilogram di Sungai Mekong, Kemboja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan