Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :
- Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
- Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
- Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
- Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
- Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
- Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
- Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.
- Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
- Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
- Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
- Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
- Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
- Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
- Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
- Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
- Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).
- Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
- Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan