Rabu, 15 Julai 2009

Ikan gigit manusia

Menurut seorang pegawai perikanan, Fabio Croci, panjang ikan itu ialah 70 sentimeter manakala beratnya lapan kilogram.Ikan tersebut ditangkap pada Ahad lalu selepas enam orang digigit oleh haiwan itu.


Dia berkata, dua perenang dirawat di sebuah hospital selepas mereka mengalami luka sepanjang 10 sentimeter kerana diserang oleh ikan itu.Penyelam-penyelam polis cuba menangkap ikan itu dengan menggunakan jaring tetapi gagal menyebabkan mereka menggunakan senjata seperti lembing bagi membunuhnya.Ikan itu kemudian menjadi hidangan untuk pelancong."Adalah sesuatu yang luar biasa ikan sander lucioperca menggigit manusia," kata Croci.Dia menyatakan, ketidakseimbangan hormon mungkin menyebabkan ikan itu menyerang manusia. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan