Sabtu, 18 Julai 2009

Tarif elektrik naik bulan depan?

PUTRAJAYA - Selepas pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam kelmarin, rakyat kemungkinan berdepan dengan kenaikan tarif elektrik mulai bulan depan.


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, cadangan mengenai kenaikan itu kini dalam proses pertimbangan dan kelulusan Majlis Ekonomi Negara.


"Minggu hadapan kita akan bawa cadangan itu ke Kabinet untuk dibentangkan. Sama ada ia diluluskan atau tidak, bergantung kepada keputusan itu nanti.


"Jika kerajaan meluluskannya, kenaikan tarif elektrik dijangka berkuat kuasa mulai bulan depan melibatkan pengguna biasa dan industri. Bagaimanapun, saya tidak boleh umumkan berapa peratus kenaikan kerana menunggu keputusan Kabinet terlebih dahulu," katanya di sini semalam.-kosmo


ps: Itu la orang cakap kalau harga pengangkutan naik yang lain pun berebut-rebut naik, kemudian gaji kakitangan kerajaan akan dirombak/naik nak kejar taraf hidup. Tapi yang kerja swasta pandai-pandai korang la ikhtiar sendiri, yang berniaga dah nak lingkup tunggu la bantuan pinjaman yang tak kunjung tiba..dalam 3 kelompok ini siapa rakyat Malaysia yang bertuah? Birokrasi, kenapa ada perkataan ini?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan