Rabu, 29 Julai 2009

Urus Jenazah


Mungkin ramai yang belum kenali e-jenazah. Ianya perkhidmatan menguruskan jenazah mengikut kukum syarak yang ditawarkan syarikat bumiputra AnjungJenazah Sdn Bhd. Jika ada kematian waris tidak perlu risau kerana e-jenazah akan menyelesaikan segalanya dari membuat laporan polis, memandikan jenazah, mengkafankan, mencari penggali kubur. Syarikat ini juga boleh berkejasama dengan khairat kematian bagi sesetengah tempat.
Syarikat ini juga mempunyai panel penasihat syariah yang dianggotai mufti, ulama dan peguam syarie. Panel diketuai oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Apa yang perlu dilakukan apabila ada kematian waris perlu menelefon E-jenazah dan syarikat akan mengambil langkah seterusnya bagi menyelesaikan urusan dengan berlandaskan hukum syarak.

Selepas semuanya selesai syarikat juga menghadiahkan khatam al-quran oleh hafiz yang akan melakukannya di Madrasah Tahfiz Al-Hasani yang berada i bawah naungan syarikat.
Sebagai permulaan e-jenazah diperkenalkan di Pulau Pinang dan akan meliputi seluruh negara pada 2010 - 2011.

laman web rasmi http://www.e-jenazah.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan