Isnin, 5 Oktober 2009

Makan gula-gula jadi ganas

untuk menjadikan anak anda ganas pastikan dia menerima gula-gula setiap hari

Anak-anak yang makan gula-gula dan coklat setiap hari lebih cenderung menjadi ganas apabila dewasa, menurut kajian terbaru.

Sebuah kajian terhadap hampir 17.500 peserta pada 1970 British Cohort Study mendapati bahawa kanak-kanak berusia 10 tahun yang makan makanan ringan seharian secara langsung akan terlibat dengan keganasan apabila dewasa

Penyelidikan yang diterbitkan dalam edisi Oktober British Journal of Psychiatry, adalah yang pertama untuk menyemak kesan jangka panjang daripada diet pada masa kanak-kanak terhadap keganasan semasa dewasa.

Para penyelidik dari Cardiff University mendapati bahawa 69 peratus daripada peserta yang menjadi ganas pada usia 34 tahun telah makan gula-gula dan coklat hampir setiap hari semasa kanak-kanak, berbanding dengan 31% yang tidak menunjukkan simptom keganasan.

Para penyelidik mengemukakan beberapa penjelasan untuk hubungan ini. Pengkaji utama Dr Simon Moore berkata: "Kami menyokong penjelasan bahawa anak-anak yang diberi gula-gula dan coklat secara kerap tidak dapat meghalang mereka menunggu dari mendapat apa yang mereka mahukan. Tidak mampu menunda keinginan boleh mendorong mereka ke arah perilaku lebih impulsif, yang sangat berhubungan dengan kenakalan. "

ps: tambahan pula gula-gula yang diragui status halalnya ataupun diragui halalnya, terus jadi monster bukannya ganas..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan