Khamis, 15 Oktober 2009

Pendatang dari China

pusat urut di ss2/55 di seapark petaling jaya..kosmo

Kalau dalam kampung ada beberapa ekor ayam, putih, hitam dan kelabu. Kemudian datang seekor ayam berwarna putih atau hitam dalam kampung sudah tentu ayam-ayam tempatan sukar membezakan pendatang itu, samada ayam tempatan atau pendatang asing ( saya boleh gunakan binatang lain tapi sengaja guna ayam sebab dekat kampung banyak ayam )

Metafora dah selesai, cerita sebenarnya begini, bagaimana kita nak bezakan pendatang asing dari China, India dan sesetengah Indon dan siam. Kerana pendatang dari China tiada bezanya dengan kaum cina Malaysia atau pendatang india yang tiada beza dengan india Malaysia. Melayu juga sama pendatang dari siam atau indon yang seakan-akan sama.

Tiada trademark yang jelas, isu ini saya bangkitkan apabila pendedahan kosmo terhadap Warga China yang menggunakan pas melancong untuk melakukan aktiviti maksiat, yang man boleh merosakkan institusi keluarga di Malaysia.

Ada terdengar dari kawan cina mengatakan isterinya kerap membebel jika keluar malam, isterinya mengesyaki beliau ada hubungan dengan dengan warga china ini. Perasaan syak isterinya juga memang bertempat bagi saya kerana itulah yang banyak terjadi, apabila dah pokai baru tersedar.

Bagaimana nak elakkan, kerap adakan pemeriksaan di rumah-rumah urut atau tempat2 mencurigakan. Jangan kasi lesen meniaga terus lagi baik.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan