Telah jelas bahawa pengetua AF9 adalah Encik.Ahmad Dhani, Ye lah Malaysia kan dah kekurangan bakat di dalam bidang nyanyian, Minta maaf banyak-banyak kepada otai-otai muzik ditanah air kerana anda dipandang sebelah mata. "Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan". Kepada yang menyokong perkara ini seribu kebaikan boleh anda berikan, itu saya pasti.
Tetapi ada aku kisah, aku memang tak berminat dengan Akademi fantasia, dan aku juga bukan peminat industri hiburan dari seberang yang lebih ciplak dari asli. Tetapi aku kisahkan bilamana masyarakat menyokong rancangan yang boleh menjerumuskan umat islam ke kencah maksiat.
Aku bukan ektrimis, tetapi itulah yang dinyatakan didalam agamaku. Sekadar ingin mengingati sesama insan. Sila berikan komen anda berkenaan perkara ini.
Sedikit video untuk anda tonton (kepada yang belum). Habiskanlah, anda tak rugi apa pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan