Isnin, 18 Julai 2011

Backhoe vs Toyota Altis

Berlaku pagi tadi jam 830 pagi 18hb Julai 2011 satu kemalangan diantara sebuah Backhoe dan Toyota Altis, berlaku didepan mata tapi tak sempat nak lihat keseluruhan kejadian, berlaku dengan pantas, sekelip mata. Cuma sedar dentuman yang kuat, backhoe terbalik dan kereta berpusing-pusing ke longkang.

Menurut saksi yang lihat dengan lebih jelas, kereta dipandu laju di selekoh memotong backhoe dan terlanggar di bahagian tepi backhoe menyebabkan kereta tersangkut dan terpusing manakala backhoe terbalik. Pemandu backhoe tercampak keluar dan pemandu kereta tersepit dengan airbag terbuka.

Orang ramai membantu mengeluarkan pemandu kereta dan kedua-dua pemandu selamat. Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana selamat, andai kereta tadi cuba mengelak dan terbabas melintasi pembahagi jalan sudah pasti bertembung dengan kereta saya. Jarak kejadian dan kereta saya cuma 30 meter.




hehehe: Aku cukup tak puas hati kalau orang lain yang cuai menyebabkan yang lain menjadi mangsa."Speed Kills"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan