4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Isnin, 20 April 2009

Ikan Guppy

Ikan hiasan yang bernama guppy ini amat menarik untuk dibela, Ikan guppy jantan mempunyai ekor yang berwarna-warni dan badannya seakan kehitaman. Ikan guppy betina walaubagaimanapun tidak mempunyai warna yang secantik si guppy jantan. Guppy betina akan melahirkan anak sehingga hampir 20 ekor, tetapi berhati hati dengan si jantan yang akan membaham si anak-anak kecil tu.

Guppy betina yang saya beli selepas 3 hari telah melahirkan anak tanpa disedari, cuma 4 ekor anak aje yang kelihatan, agaknya anak yang lain habis dimakan oleh si jantan. Selang beberapa hari satu lagi ibu telah melahirkan anak, agaknya waktu kami semua tidur kot. 7 ekor aje yang tinggal, yang tak menariknya ibu akan mati selepas beberapa hari melahirkan anak. Dari 7 ekor sekarang tinggal cuma 3 ekor sahaja. Seekor ikan boleh dibeli dengan harga RM1. Kalau yang ekor kembang sikit RM1.50/seekor.


Shot kedua akuarium anak aku punya (dia yang ambil sendiri suruh letakkan dalam Blog)



4 ulasan:

Unknown berkata...

boleh la maklumat tuh...
dapat dari mane yew?
gambar tu x bape elok sangat sbb ank yg tangkap kan?
x pew la...

umk store berkata...

aquarium sendiri punya..tapi sekarang ikan dari 6 ekor(kalau tak salah) dan jadi dekat 100 ekor.

caranya senang aje. saya letakkan akuarium diluar rumah tanpa oksigen, tanpa jagaan/cuci. air jadi kotor, tapi anak yg lahir selamat sebab sijantan tak nampak.

makan bagi sehari sekali saja waktu pagi.

Unknown berkata...

nk tye...knp ikan gupi yg bru dibeli..keesoknnya mati???...2 ekor jntn seekor btina..

umk store berkata...

sebabnya jantan 2 ekor betina sekor.
Biasanya jantan biar seekor aje dan betina 5 ekor. nisbah 1:5 la.

kalau bela dalam akuarium kena letakkan batu (batu kecik) banyak sikit. supaya anak yang baru keluar dapat menyorok dari jantan.

pump jenis sedut tak perlu pakai sebab nanti dia sedut anak2 masuk dalam. kadang yg besar juga boleh melekat kat hujung pump.

saya pakai pump angin yg biasa tu aje. Itu pun jarang buka. mungkin seminggu sekali aje.