4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Rumahtangga/Hubungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumahtangga/Hubungan. Papar semua catatan

Isnin, 13 Jun 2011

Empat hari menghilang

Selama empat hari menghilang dan tidak dapat kemaskini blog kerana membawa keluarga bercuti, bila sebut bercuti bermakna tidak perlu ada apa-apa beban yang dibawa, yang penting merehatkan minda. Tema percutian ini adalah "sebut nak kemana".

Bermula pada Khamis bergerak ke Lost World of Tambun Ipoh, yang menariknya kita boleh beri makan kepada haiwan seperti burung dan macam-macam lagi, tengok harimau makan dan naik kuda (tapi tak naik sebab kuda tengah berubat, sakit kot) yang tak menariknya budak Baywatch banyak eksyen.Kalau tak pakai baju renang yang ketat melekat kat badan, lepas tu nampak kembung sana sini nescaya anda akan di priitttttt dengan wisel dihalau keluar dari air. Isteri saya memakai seluar renang yang longgar kena priitttttt dgn budak baywatch tu. Hangin satu badan bila duduk negara Islam tapi orang Islam terpaksa ikut telunjuk atau gaya bangsa  asing.
Masa bagi makan burung lain burung merak ni mengembangkan bulunya fuhh eksyen sungguh -lokasi Lost World of Tambun

Jumaat ada permintaan ke Cameron Highland, jadi bergerak pula ke Cameron Highland. Disini kawasannya sudah tidak berapa sejuk macam dahulu tapi boleh la. Tapi agak malang kerana anak berminat nak kutip strawberry sendiri tapi tak dapat kerana buah sudah habis yang tinggal cuma putik dan buah kecil. Pukul 3 berada di kawasan pasar malam teringin nak makan jagung rebus dan bakar malangnya yang ada cuma penjual cina (nampak anak anjing cina tu kencing kat plastik dekat van dia..eeeee), peniaga melayu belum buka.

Malam singgan di SSL hotel kamunting untuk makan malam, teringin nak makan sirloin steak tapi tak ada, ambil ribeye steak. Tapi amat mengecewakan kerana steak macam kayu tak juicy langsung. 2chiken chop, 1ribeye steak, 1nasi goreng kampung, 4 air buah total RM106. Rasa rugi teramat sangat kerana tak sedap. Lebih baik pergi kedai makan set siakap lagi baik. Kenapa saya pilih SSL hotel, kerana bila semak hotel Halal dalam web dikawasan sekitar hanya SSL sahaja yang keluar ada sijil Halal dari Jabatan Agama Islam Perak. Jangan makan disini jika anda berniat begitu.

Ruang legar tempat makan

Sepatutnya Ribeye steak macam ni tebal dan juicy. Tapi apa yang saya dapat sekeping macam papan lapis keras, lepas tu dia letak kentang goreng berlambak-lambak harga RM23+, mengarut betul.

Sabtu ada permintaan ke Teluk Batik, Lumut. Fuhhhh orang ramai sungguh, disebabkan percutian "sebut kemana" jadi tak bawa pakaian mandi, so jalan-jalan aje lah. Kemudian singgan di Pusat penetasan penyu di Teluk Segari berhampiran Baitul Hilal tempat tengok anak bulan. Excited tak terkira anak dapat tengok penyu secara dekat. Masuk percuma dari pukul 10.00 pagi sampai 5.00petang.

Tangki penyu dengan air jernih

Penyu ini macam manja-manja saja bila orang datang dia akan datang dekat dan keluarkan kepala dari air.

Anak-anak penyu yang kehitaman

Ahad terus ke Behrang melawat adik yang menetap di sana, dapat tahu 3 beranak kena demam campak, so eloklah melawat orang sakit. Kami sekeluarga sudah kena so dah imune lah. Tapi ada juga yang biasa kena boleh kena sekali lagi. Semasa pulang singgah di Perhentian sungai Perak untuk solat maghrib kemudian anak teringin makan laksa, wife makan mee sup tapi malangnya mee sup macam hampehh. Supnya bukan sup sebenar tapi hanya guna perencah segera, tak sedap langsung harga Rm3.50 x 2 dah RM7. Makan sikit aje sebab tak lalu. Kenapa lah peniaga ni nak berkira sangat, tak boleh ke masak betul-betul sikit.


Jadi jumlah jarak perjalanan kali ini untuk empat hari 1200km.

hehehe: Cuti musim akan datang projek melawat tempat bersejarah sepert pasir salak dll..dah malas nak bercuti di hutan batu, asyik-asyik pergi shopping mall bosannnnnnnnn.

Rabu, 11 November 2009

26 perkara suami tak suka

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "Hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "Hello.. abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap.. malam nih kita masak sardine jer .. ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah.. sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu.. kita dah potong simpan "

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak .... boleh singgah tak mana mana .. please "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber.... ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuir dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah...tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. ".. oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. "sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul.."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. ".. eh biarlah budak budak main game, bukannya nak meletop tv tu.

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. ",, nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak ... then today.. then tadi.. u tau tak... semalam u nak tau.... bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ... bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla... ini semua salah you "

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. ".. eee u tau tak hubby i tu..."

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. ".. apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan sayur campur... i dah masak gulai asam pedas dan potong timun aje .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."

25. Asal aje buka tv tengok cerita indon, pagi cerita indon, petang cerita indon, malam pun sama, siap tengok cerita yang ada gergasi la, binatang bercakap la..semua yang mengarut tu.. Kalau indon yang bergetah jaga badan taknak pulak dia ikut.

DAN AKHIR SEKALI

26. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. ".. you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....."







Ahad, 8 November 2009

Iphone untuk ibu moden dan muda

Iphone terbaru

Bagi kebanyakkan ibu moden atau ibu yang berusia muda dan jauh dari keluarga yang mempunyai pengalaman dalam penjagaan bayi amatlah menyukarkan. Pengalaman pertama adalah sesuatu yang tak mungkin dilupakan terutama ketika bayi anda menangis tanpa sebab dan anda bingung memikirkan kenapa bayi anda menangis.

Kini hanya dengan bebarapa saat Iphone mampu menolong ibu-ibu muda dengan mengenalpasti mengapakah bayi anda menangis. Samada mahukan susu, mahu tidur, lampin sudah basah dan lain-lainnya.

Wah semakin lama semuanya semakin canggih, tapi bagaimana kalau dah terbiasa hidup dengan gadget begini, kemahiran semulajadi manusia, deria rasa dan sensitiviti manusia semakin hilang. Kita semakin kurang meneroka kebolehan diri.






Cara tidur selamat bagi bayi

baby tidur

Satu kajian dijalankan ke atas dua kumpulan bayi sihat berusia kurang daripada enam bulan. Satu kumpulan ditidurkan secara tertiarap di atas permukaan lembut dan satu kumpulan lagi permukaan keras.

Pergerakan, kadar denyutan jantung dan kadar ketepuan oksigen mereka dipantau sepanjang kajian berkenaan.

Didapati semua bayi dapat memusingkan kepala mereka ketika tidur. Kumpulan bayi yang tidur di atas permukaan lembut didapati menggunakan lebih 35 peratus daripada masa tidur mereka dengan tidur secara muka menghadap ke tilam berbanding hanya 14 peratus di kalangan bayi yang ditidurkan di atas permukaan keras.

Ini menunjukkan risiko lebih tinggi untuk pernafasan tertutup apabila bayi tidur di permukaan lembut, terutama apabila menggunakan bantal lembut.

Apabila bayi tidur tertiarap, ada risiko saluran pernafasan bayi tersekat, terutama apabila muka bayi tertiarap ke bawah. Jika saluran pernafasan tersekat, paras karbon dioksida di dalam darah menunjukkan peningkatan.

Sepatutnya kenaikan kadar karbon dioksida menyebabkan bahagian otak stem memberi tindak balas untuk pernafasan secara hyperventilasi (pernafasan pada kadar terlalu cepat ketika rehat) untuk mengeluarkan karbon dioksida yang meningkat daripada darah individu berkenaan.

Namun, bagi sesetengah bayi, akibat ketidakmatangan bahagian stem otak, tindak balas normal itu tidak terjadi dan menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen di dalam darah yang akhirnya boleh membawa maut.

Berikut antara langkah yang dapat diambil bagi menyediakan persekitaran selamat untuk bayi anda.

Untuk mengatasi masalah lemas di tempat tidur:
  • Jangan guna bantal lembut sebagai penghadang di sekeliling katil atau tempat tidur bayi kerana ia boleh menutup muka bayi.
  • Jangan guna alas tilam plastik kerana ia boleh melekat ke muka bayi dan menyebabkan bayi lemas.
  • Tidurkan bayi dengan keadaan terlentang, melainkan dinasihatkan oleh doktor.
  • Jangan penuhkan katil bayi dengan bantal, alat permainan lembut atau selimut tebal.
  • Jangan tutup muka bayi dengan selimut kerana ia boleh mengakibatkan sesak nafas.
  • Apabila menggunakan cadar, pastikan ia dipasang tegang dan tidak menggelember kerana dikhuatiri boleh menutup muka bayi.






Selasa, 21 Julai 2009

Kemalangan di rumah

Kepada ibu bapa diharap agar memerhatikan anak kecil dengan lebih teliti, pastikan semua barangan berbahaya diletakkan ditempat yang selamat. Banyak kemalangan dan kejadian yang kadangkala tak masuk akal terjadi di rumah. Pastikan anak tidak berlari sambil memegang benda-benda yang tajam seperti pensil, gunting, garpu dan lain lain. KASIHANKAN ANAK ANDA



Ahad, 3 Mei 2009

40 kesilapan ibu bapa

  1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
  3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
  4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
  5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
  6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
  7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
  8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
  9. Kurang melahirkan kasih sayang
  10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
  11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
  12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
  13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
  14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
  15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
  16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
  17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
  18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
  19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
  20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
  21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
  22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
  23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
  24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
  25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
  26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
  27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
  28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
  29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
  30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
  31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
  32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
  33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
  34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
  35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
  36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
  37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
  38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
  39. Tidak tegas mendidik anak-anak
  40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali

Rabu, 22 April 2009

8C yang dibenci suami

C1. CABAR / Challange
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…SAMBUNG

8G pada lelaki yang tidak disukai wanita

1. Garang

( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut. SAMBUNG

Isnin, 20 April 2009

Kisah rumahtangga

Dari email seorang sahabat:

S
epasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. Pastu mereka pun pegi  la ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu....
 "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu? Pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

Si suami (ex-suami, actually) terkedu sebab dia tau pasni kadi akan tanye dia lak.  "ahhh...sudah...apa mende aku nak goreng kadi tua nih...."

Kadi pun tanye si ex-suami..."hah....kamu....bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi...kalaulah saya ada syiling singgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pastu saya tekan satu butang pilihan, maka  keluarlah setin air minuman. 
Saya nak tanye tuan kadi, air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

Jawab kadi.."hak kamu le.."
 

Si ex-suami tu kata lak.."hah...sama le kes ni pun. Kan tuan... kan ... kan  "

Moral of the story:

1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin
3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling