Kenapa penduduk kampung dan yang berpendapatan rendah semakin susah sekarang ini. Pertama, barang makanan semakin mahal. Kedua, produk kampung tidak dapat dipasarkan dengan baik dan badan yang disediakan tidak dapat membantu dengan sempurna. Ketiga, dalam keadaan pasaran ekonomi yang begini semua terpaksa ikat perut dan ada yang terpaksa berlapar sebab semuanya dipotong OT, elaun dan lain-lain. Keempat bantuan kerajaan yang berjumlah berbillion untuk menyelamatkan perniagaan dikala ekonomi semakin menekan tidak sampai ke peniaga peringkat bawahan, pinjaman atau bantuan yang nak dihulurkan memakan masa terlalu lama (perniagaan dah boleh bungkus pinjaman belum tentu dapat). Ini semua orang dah tahu, dan dah naik muak mendengar sebab tak ada apa-apa yang akan dapat mengubahnya. Tapi bukan itu yang hendak saya ceritakan disini, tetapi apa yang saya nak sampaikan adalah:-
Banyak syarikat Insuran tidak mahu mengeluarkan Insuran pihak ketiga (3rd party)
Perkara berlaku hari ini apabila ada seorang pakcik yang agak tua berumur 63tahun, merayu kepada seorang agen insuran agar membenarkannya mengambil insuran pihak ketiga. Setelah dijelaskan oleh agen insuran tersebut yang sekarang syarikat insuran tidak mengeluarkan lagi insuran pihak ketiga pakcik tersebut tetap merayu agar dapat memperbaharui insurannya. Katanya banyak ini sahaja duit yang pakcik ada untuk bayar insuran (RM130 sebab dia ikut yang lama rm121), pakcik tak ada duit nak, pakcik orang susah tapi kereta ni nak kena hidupkan jugak roadtax kalau tak nanti susah. pakcik terus merayu..merayu..tapi apakan daya agen tersebut juga tak mampu untuk menolong kerana dia cuma makan gaji sahaja..Pakcik tersebut tidak mahu berganjak dan terus merayu lagi..tolong saya nak...
Menjadi rezeki pakcik tersebut perbualan didengar oleh seorang hamba Allah ni yang memberitahu bahawa pejabat Pos ada menyediakan insuran pihak ketiga. Jadi pakcik terus ke pejabat pos dan diberitahu kuota untuk insuran hari ini telah penuh, tapi pakcik boleh ambil untuk esok punya. Alhamdulillah kata pakcik tersebut.
Ini baru satu kes yang saya nampak, bagaimana dengan yang lain-lain. Saya rasa bayak kes seumpamanya berlaku seharian dikalangan kita. Cuma mereka yang perut kenyang seakan tak nampak perkara ini terjadi. Persoalannya, mengapa syarikat insuran tidak lagi mahu mengeluarkan insuran pihak ketiga? secara bahasa pasar kita cakap " 3party insuran premium sikit,,untung tak banyak,,kalu tak buat pun tak apa nanti depa cari duit jugak nak hidupkan roadtax"...lepas tu salahkan pulak kereta tak ada roadtax yang jalan kat kampung-kampung. Perlu ingat kitaran alam itu saling memerlukan..yang kecil perlukan yang besar yang besar juga perlukan yang kecil, ini kita jangan lupa. Setiap sesuatu yang diubah akan ada kesan pada keadaan sekelilingnya.
Dan kalau pejabat Pos iklankan "hanya kami yang menyediakan insuran pihak ketiga" boleh la jugak. Tapi kalau pakcik tadi tak jumpa hamba Allah tu...mana dia nak cekau duit beli insuran..makan pun belum tentu katanya.
ps: kenapa selalu bincang tentang gaji kakitangan kerajaan sahaja, yang kerja swasta dengan berniaga sendiri bukan rakyat Malaysia ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan