4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Pertanian/Penternakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pertanian/Penternakan. Papar semua catatan

Selasa, 14 Jun 2011

Boikot tangkap ikan

Masuk hari ke tiga ikan tak dijual di pasar, pemilik bot nelayan sedang memboikot kerana harga diesel yang dikatakan membebankan mereka dan tidak untung. Bagi saya mudah sahaja, kalau korang nak boikot tak nak tangkap ikan itu korang punya pasal lah, saya tak kisah. Boikot lah tiga hari ke seminggu ke sebulan ke, saya pun tak kisah. Kebanyakkan tokey-tokey bot adalah berbangsa cina dan penjual ikan di tempat saya juga kebanyakkannya berbangsa cina. Peniaga melayu hanya berada di pasar malam.

Mereka ini memang sudah melebih dan membuat permintaan yang bukan-bukan. Saya memang tidak mempunyai bukti tapi dari apa yang kita dengar kebanyyaknnya mereka ada yang menjual balik minyak diesel kepada pihak ketiga. Berapa kerat sangat nelayan bumiputra yang terima subsidi miyak? berapa banyak sangat tokey-tokey bumiputra yang mempunyai bot-bot besar. Boleh kira dengan jari. Dalam berita kita boleh lihat muka siapa yang paling banyak keluar.

Saya bertanya kepada peniaga ikan berbangsa cina kenapa ikan tak ada walaupun saya tahu diorang tengah boikot sekarang. "minyak mahal macam mana nak tangkap ikan, tak da untung". "Boikot la lama-lama sikit dua bulan pun tak apa" saya bagitahu peniaga tadi."Lu juga untung, duit tak masuk boleh duduk rumah"  hahaha.

Nelayan thailand boleh menangkap ikan dengan banyak walaupun harga minyak di sana mahal berbanding dengan Malaysia. Tapi kenapa hasil tangkapan kita kurang dan ada yang berani cakap masih tak boleh untung.

Makan ikan keli pun bagus walaupun sesetengahnya tak suka ikan darat, sekarang masanya kena mencuba. Lagipun kita banyak penternak bumiputra dan ada juga yang dah bungkus kerana tak berjaya pasarkannya. macam-macam boleh dimasak, bakar, kari, masak lemak, masak merah dll-sumber gambar web.

hehehe: anak kera dihutan kalau disusukan selalu belum tentu dia tak gigit tangan tuannya dan walaupun dibagi makan tetap juga nak bising-bising tak tentu hala. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai kera kena belacan.

Sabtu, 25 Julai 2009

Sayur-sayuran

Bermula 2 bulan lalu saya telah menanam sayuran sendiri atas alasan dibawah

1. Mengurangkan belanja mengejut (nak masak tiba2 barang tak ada, pegi kedai nak beli siap dengan beli barang lain sekali) nak pakai sejemput tapi kena beli satu bundle yang baki buang.
2. Sayuran yang dijual dekat pasar tu entah berapa banyak racun masuk dalam sayur, nak komersial punya pasal guna berbagai jenis racun.
3. Rumah saya tepi kebun sayur cina, hari tu ada nampak binatang Babi selamba menyondol kat kebun sawi. pekebun tu rilek je tengok babi tu bukan nak halau. Lepas tu memang confirm sayur semua jual kat pasar yang aku beli. So jadi sayur SABI.

Projek dah berjaya, yang paling asas, tanaman serai, daun kari, daun kunyit, serai, cili padi/cabai burung, sawi, salad dan kailan (cara hidroponik-guna barangan terpakai je).

Next projek, kangkung, kacang kelisa, pegaga, Pak choy (dah semai), cabai masak, jagung dan keli kanvas dalam 2000 ekor utk kegunaan sendiri( ada terbaca boleh bagi makan nasi yang lebih-lebih dan kepala ikan bilis). Tanaman bukan skala besar tapii cukup untuk makan sendiri je.


sawi yang tak pernah guna baja atau racun


Serai dan pokok daun kari (dekat belakang rumah)


pokok cili padi yang belum berbuah. Pokok kunyit pun ada


Pokok daun kari dalam pasu, malas nak pegi belakang ambil kat depan


Daun Salad. emm nyum nyum

Isnin, 20 Julai 2009

Penternakan Arnab

Cuba anda bayangkan jika anda membela beberapa ekor induk arnab secara suka-suka untuk anak anda, dan setiap ekor induk melahirkan 8 - 10 ekor anak. dan setiap anak anda dapat jual dengan harga RM8/seekor. Jika 5 induk bermakna anda akan ada 40 ekor anak jika 8 ekor arnab setiap induk. 40ekor kali RM8 = Rm320. Rasanya boleh bayar kereta wira secondhand dah ni. Dari menternak arnab secara suka-suka mungkin boleh jadi sumber pendapatan tambahan. Disini emak saya mempunyai 8 induk dan 2 bapak. Dari 2 induk sahaja. Jadi cuba-cuba la kalau berminat..

Anak-anak arnab yang cute


Anak Arnab


Ibu arnab dibawa masuk untuk menyusu


Anak Arnab yang baru tumbuh bulu


Arnab comel menjadi mainan anak-anak


induk arnab


Induk (ibu) arnab pemalu


Bapaknye


Ni pun bapak Arnab


Ibu dan anak arnab



Jumaat, 17 Julai 2009

Pembiakkan Kelisa

IKAN kelisa (Scleropages formosus), antara spesies yang menjadi idaman ramai pemilik akuarium di negara ini kerana keunikan dan ada yang menyifatkan satu simbol kemewahan atau sesetengah pihak pula berpendapat boleh membawa tuah.

Persepsi penggemar kelisa juga menyebabkan nilai ikan ini melambung di pasaran hingga mampu mencecah ribuan ringgit dan sentiasa menjadi buruan ramai pemilik akuarium sejak kebelakangan ini.

Keunikan ikan kelisa ini dikatakan mampu memukau pemiliknya yang sanggup menghabiskan masa untuk melihatnya berenang dalam akuarium.

Bagaimanapun, ada beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh bakal atau pemilik spesies kelisa iaitu ikan jantan dan betina perlu diletakkan dalam tangki konkrit 2.0 meter x 2.2 meter dengan kedalaman air 0.4 meter bagi tujuan pembiakan.

Penukaran air perlu dilakukan setiap hari dengan campuran air paip dan air perigi untuk memastikan air sentiasa bersih, manakala segala mineral dalam air dapat membantu proses pembesaran ikan.

Tangki atau akuarium perlu ditutup dengan sesuatu seperti jaring yang mampu memberikan sistem pengudaraan untuk mengelakkan daripada ikan melompat keluar kerana spesies ini menjadi agresif selepas bertelur.

Tangki atau akuarium perlu dilindungi daripada sinaran matahari dan suhu air dikekalkan pada tahap 26 - 30 darjah celcius, manakala bacaan pH air perlu berada pada bacaan sekitar 6 hingga 7.5.

Bagi mempercepatkan proses pembiakan dan tumbesaran ikan, makanan seperti lipas atau cacing tanah antara jenis makanan yang disarankan sepanjang proses pembiakan. Perlu diingat proses bertelur spesies ini berlaku sekurang-kurangnya setahun sekali sekitar Oktober dan ada kemungkinan berlaku pada bulan lain seperti Mac.

Kebiasaannya, ikan kelisa ini akan mengeluarkan telur sehingga 50 biji setiap kali proses bertelur, manakala kelisa jantan akan mengeramkan telur berkenaan di dalam mulut sehingga menetas.

Ikan jantan hanya akan membebaskan anak ikan selepas ikan betina dikeluarkan dari tangki ataupun akuarium.


Selasa, 14 April 2009

Penternakan keli organik.



Percaya atau tidak keli sekarang boleh dibela dengan cara yang amat mudah dan berkesan. Penternakan organik ini memerlukan penjagaan yang minima dengan kos minima.

Penternakan ini bolehlah dikatakan sebagai penternakan bonus kerana fokus kerja hanya pada peringkat permulaan sahaja. Selebihnya hanya perlu menambah air untuk tempoh matang 3 bulan.

Gambarajah A

TEKNIK MATIKAN KOLAM (kolam simen,canves,Politank dan Fiber)

1) Masukkan Pasir 3 inci (Pasir sungai/pasir buat rumah)

2) Penuhkan Air kedalam kolam (air paip/air sungai/ air hujan)

3) Masukkan Batang Pisang (potong 12 inci sebanyak 5 buah)

4) Masukkan Kulit Nanas 4 biji ( untuk kolam 10x10 kaki)

5) Masukkan Cuka makan ( 1 botol 1/2 untuk kolam 10X10)

6) Kemudian dibiarkan selama seminggu.

7) Selepas 7 hari keluarkan semua bahan yang dimasukkan kecuali tanah.


PENYEDIAAN KOLAM(lihat gambarajah A)

1) Masukkan air 7 inci

2) Masukkan Makanan B1 mengikut kuantiti keli ( 2000 keli = 1 beg/5kg B1)

3 )Masukkan keladi bunting 1/2 dari permukaan air.

4) Masukkan pokok kangkong 1/4 dari permukaan air.

5) Biarkan Selama 3 hari.

6) Masukkan benih keli bersaiz 3 inci

7) Selepas 1 bulan tambah air kepada 12 inci (Sebab ikan sudah besar)

8) Tunggu hingga boleh jual (lebih kurang 3 bulan)

KEBAIKAN KAEDAH

1) Jimat kos,Tenaga dan masa

2) Tidak perlu salin air tetapi tambah

3) Tidak perlu mesin Oxsigen

4) Menghasilkan keli yang bersih dan berkualiti (RM 6.00 sekilo)

5) Menghasilkan keli yang halal

6) Air bersih dan tidak berbau

7) Tiada proses grading (kerana tumbesaran sekata)

8) Keuntungan yang tinggi


credit to alimshah