Walaubagaimanapun perpisahan kali ini tidak dapat dielakkan lagi, Lan kembali menyanyi bersama Meet Uncle Hussein di Hard Rock Cafe pada 5 Julai bagi memenuhi persetujuan yang telah dibuat sebelum mereka berpisah lagi. Ini bermakna konsert tersebut adalah konsert terakhir walaupun pada dasarnya Lan bukan lagi bersama Meet Uncle Hussein pada malam itu. Banyak perselisihan pendapat dan kata-kata yang kurang enak terjadi tetapi bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, mereka masih berpelukan menandakan perpisahan mereka adalah dalam ertikata profesional.
Apakah rancangan Lan dan Meet Uncle Hussein seterusnya masih samar-samar. Di harap agar bakat yang ada akan digunakan sebaiknya.
anda mungkin berminat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan