4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Rabu, 3 Jun 2009

'Saya amat cintai Fahrin'

Oleh Zubir Mohd Yunus

SELAIN dikenali kerana memiliki suara yang unik - 'besar' dan kasar, Scha sering dikaitkan meniti kemasyhuran serta popularitinya di bidang seni menerusi cerita peribadi apabila dia menjalin hubungan mesra dengan Fahrin Ahmad selepas pengacara dan aktor kacak itu melalui saat duka, putus cinta dengan personaliti terkenal, Linda Onn suatu ketika dulu. 


Scha dituduh menumpang populariti Fahrin untuk diterima dalam dunia hiburan. 

Scha, 26, yang juga anak saudara Sharifah Sheril Aida dan Syed Sobri ini juga dikatakan tidak boleh berdiri sendiri membina namanya jika tidak kerana kontroversinya bersama Fahrin. Justeru, Scha pernah melahirkan rasa kecewanya apabila media massa dan peminat lebih memberi perhatian kepada kisah ‘teman tapi mesra’ bersama Fahrin, berbanding soal kerjaya lakonannya yang hanya dipandang sebelah mata!

Namun, semua itu cerita kira-kira enam bulan lalu, kini tanpa Fahrin, Scha mampu membina kerjayanya yang semakin melonjak apabila dia menjadi perhatian ramai produser dan pengarah yang ingin menyuntingnya membintangi filem atau drama produksi mereka. Jika dulu namanya perlu disebut sebagai Scha Fahrin, kini cukup sekadar Scha atau sekurang-kurangnya Scha Awan Dania, peminat sudah mula mengenali siapa gadis jelita ini. Teruskan di BintangPopular


INFO:

  • NAMA SEBENAR: Sharifah Norazean Syed Mahadzir
  • TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983
  • ASAL: Sungai Petani, Kedah
  • DARAH CAMPURAN: Ayah (Arab) dan ibu (Cina)
  • KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
  • PENDIDIKAN: Diploma Teknologi Maklumat dari Kolej Pusat Teknologi dan Pendidikan Lanjutan (PTPL), Shah Alam
  • PENCAPAIAN: Dewi Remaja 2006/2007
  • FILEM: Antoo Fighter: Amukan Drakulat, Histeria, Papadom, Evolusi KL Drift 2, Dimensi Cinta, Libas dan Adik Manja Returns
  • DRAMA: Bella, Honeyz, Awan Dania, Naik Hantu dan Awan Dania 2
  • 10. PENGACARAAN: Sehati Sejiwa dan Astro On Demand
  • 11. KOMERSIAL: Rexona, Hotlink, Watson, Oral-B, Nokia, elcom dan My EG 

  • 12. DUTA: Bio Essence

Tiada ulasan: