Jurucakap pihak berkuasa di Los Angeles, Craig Harvey mengesahkan ujian neuropatologi akan dilakukan bagi mencari petunjuk yang menyebabkan kematiannya. Namun, ujian itu tidak dapat dilakukan dengan segera. Ujian itu perlu dilakukan dua minggu selepas kematian Michael pada 25 Jun lalu.
Michael yang mesra dengan panggilan Jacko meninggal dunia di rumah sewanya di Beverly Hills selepas degupan jantungnya berhenti. Sumber-sumber di pejabat koroner menyatakan otaknya sudah dikeluarkan sebelum mayatnya dihantar kepada keluarganya.
Seorang anggota forensik akan menguji otak Jacko bagi mengetahui tahap penggunaan ubat-ubatan. "Anda tidak boleh membuat ujian jika otak itu berada dalam tubuh. Justeru, ia perlu dikeluarkan," katanya.
Pada kebiasaannya, otak itu akan diletakkan di dalam sebuah bekas plastik yang dicampurkan dengan bahan pengawet iaitu cecair formaldehid sebelum diletakkan di dalam peti sejuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan