KUALA LUMPUR - Tindakan saman akan diambil terhadap pemilik kenderaan yang masih menggunakan tayar potong atau toreh selepas 1 November ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.
Beliau berkata, pemilik kenderaan mempunyai jangka masa tiga bulan untuk menukar tayar potong kepada tayar yang diluluskan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
Menurut Suret, langkah tersebut diambil bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.
"Keselamatan kenderaan banyak bergantung kepada penggunaan tayar yang sesuai kerana sekiranya pemilik kenderaan menggunakan tayar yang tidak diluluskan oleh SIRIM, ia bukan sahaja membahayakan diri pemandu dan penumpang mereka malah ia juga akan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya.
credit Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan