4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Selasa, 18 Ogos 2009

Perkahwinan Ajai dan liza

Pada 15 ogos 2009, Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ustaz Hj Mansur dengan hanya sekali lafaz dari Ajai, kira-kira pukul 11 pagi di Masjid Negeri Pulau Pinang. Liza orang Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang dan Ajai orang JB. Mas kahwin bagi perkahwinan mereka adalah sebanyak RM 1001 manakala jumlah wang hantaran pula adalah RM 15 ribu.

Pihak ajai menghantar tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada mas kahwin, sebentuk cincin, sepasang kasut, sebuah beg tangan, satu set solekan, kek dan juga tepak sireh. Manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada senaskah al-Quran, sebentuk cincin, satu set tali pinggang dan dompet, satu set pakaian, sepasang kasut, kek yang dihiasi dengan nota muzik, tepak sireh, satu set wangian dan sebuah telefon bimbit jenis Blackberry. Pada majlis akad nikah itu, pasangan tersebut menggayakan busana pengantin yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman.















1 ulasan:

Unknown berkata...

kasih sayang pengikat perkahwinan.untuk berkasih sayang hati kena kuat hubungan dengan tuhan