Jawapan dari UKM :
Saya dah semak dan didapati tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap "bodoh" dan mudah "diomong-omongkan" dengan perkara sebegini.
Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajadi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang disalah anggap yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi.Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan "dipermainkan" oleh musuh-musuh Islam.
teruskan membaca di UMMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan