4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Selasa, 24 Mei 2011

Barat membisu dengan bukti bulan pernah dibelah

Salah satu dari mukjizat Nabi Muhammad yang mashur ialah baginda telah membelah bulan kepada dua, dengan izin Tuhan, dan kemudian bercantum semula.

Mukjizat ini mempunyai hikmah yang hebat. Ia bukan sahaja dapat dilihat oleh orang-orang musyrikin Mekah sebagai bukti kerasulan Nabi Muhammad, tetapi kesannya juga dapat dilihat oleh manusia di zaman sekarang.

Antara misi yang tersirat disebalik perlumbaan meletakkan manusia pertama di bulan oleh Barat ialah untuk membuktikan bulan tidak pernah terbelah seperti yang didakwa oleh umat Islam selama ini, sekali gus untuk membuktikan peristiwa terbelahnya bulan itu (kalau pun berlaku), hanyalah merupakan gejala sihir, di mana ahli magis seperti David Copperfield pun boleh melakukannya.

Kalau Barat dapat membuktikan bulan tidak pernah terbelah, sudah tentu ia akan menjadi satu modal atau keuntungan yang besar kepada mereka untuk menjadi hujah bagi merendahkan kebenaran Nabi Muhammad dan Islam.

Walaupun Barat telah berjaya menghantar manusia ke bulan, tetapi sehingga kini mereka tidak pernah menafikan atau memberitahu kita bahawa tidak pernah berlaku bulan terbelah dua.

Dan lebih misteri lagi, keghairahan program penghantaran manusia ke bulan dan kajian lanjut ke atas bulan dengan lebih terperinci terus sepi selepas kejayaan mereka mendaratkan manusia di sana sekitar akhir tahun 1960-an dulu. Seolah-olah mereka mahu menutup rahsia berkaitan bulan dari pengetahuan kita.

Jika diberi peluang mungkin ramai lagi angkasawan atau orang ramai yang ingin menjejak kaki ke bulan, tetapi kenapa usaha ke arah itu, hingga kini tidak pernah diberi perhatian?

Sebenarnya tidak sukar untuk membuktikan bulan pernah terbelah atau tidak. Bulan tidak ada angin dan air atau hujan yang boleh memadamkan kesan pergerakan tanah. Kalau tahi bintang menghentam permukaan bulan, kesan dari hentaman itu akan terus kekal hingga ke hari kiamat. 

Jejak-jejak kasut yang ditinggalkan oleh angkasawan-angkasawan yang pernah mendarat di bulan pada akhir tahun 1960-an dulu pun pasti kekal seperti keadaan asal, dan akan menjadi bukti bahawa mereka pernah menjejakkan kaki di sana.

Begitu jugalah kalau bulan pernah terbelah, kesan belahan itu akan kekal tanpa diganggu oleh air dan angin hinggalah ke hari kiamat. Itulah hikmahnya mukjizat terbelahnya bulan yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad, kerana sepatutnya ia masih dapat dilihat oleh manusia zaman sekarang yang telah ada kemampuan untuk mendarat di bulan.

1 ulasan:

Ahmad berkata...

ASSALAMUALAIKUM...
Dlm rencana dokumentari, National Geograpic Channel ade dsiarkn mengenai hal ni. Tdpt byk bukti tipu bhwsanya angkasawan Amerika x pnah smpai ke bulan pun. Slh 1 bkti kontroversi adlah, bendera Amerika yg dipacak d bln mengembang seolah dtiup angin. D bln mne la ade angin. Biasa la reputasi sbgtu. Namenye yahudi laknatullah.