4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Isnin, 23 Mei 2011

Hutan paya bakau Kuala Sepetang

Melawat hutan paya bakau memandangkan anak ada bertanya cikgu Bahasa Inggeris ada menyebut "mangrove forest" apa tu "mangrove forest". Jadi bermulalah penjelajahan ke hutan paya bakau Kuala Sepetang, Taiping. Jika keluar dari tol changkat jering anda belok ke kiri selepas tol, kemudian ke kiri lagi menghala ke Simpang Empat dan Taiping (jalan lama ke Pulau Pinang) akan jumpa satu lampu isyarat anda terus aje, kemudian ada satu lagi lampu isyarat di pekan Simpang anda belok kiri kemudian terus sehingga ke kuala sepetang, kawasannya di sebelah kanan. Sedikit gambar untuk tatapan pembaca.















Kalau dah sampai ke matang jangan lupa pulak singgah di warung Mak Teh mee udang di sana, kerana kita akan tempuh warung Mak Teh dahulu baru sampai ke pusat kajian hutan paya bakau.


Kalau nak datang dalam kumpulan yang ramai terutama pada hari minggu silalah hubungi Mak Teh dahulu untuk buat tempahan kerana waktu-waktu tertentu pelanggan terlalu ramai takut ada yang terpaksa tunggu lama.

Macam mana nak pergi sila ikut peta ini selepas arahan bertulis di atas.


Tiada ulasan: