Bermula pada Khamis bergerak ke Lost World of Tambun Ipoh, yang menariknya kita boleh beri makan kepada haiwan seperti burung dan macam-macam lagi, tengok harimau makan dan naik kuda (tapi tak naik sebab kuda tengah berubat, sakit kot) yang tak menariknya budak Baywatch banyak eksyen.Kalau tak pakai baju renang yang ketat melekat kat badan, lepas tu nampak kembung sana sini nescaya anda akan di priitttttt dengan wisel dihalau keluar dari air. Isteri saya memakai seluar renang yang longgar kena priitttttt dgn budak baywatch tu. Hangin satu badan bila duduk negara Islam tapi orang Islam terpaksa ikut telunjuk atau gaya bangsa asing.
Masa bagi makan burung lain burung merak ni mengembangkan bulunya fuhh eksyen sungguh -lokasi Lost World of Tambun
Jumaat ada permintaan ke Cameron Highland, jadi bergerak pula ke Cameron Highland. Disini kawasannya sudah tidak berapa sejuk macam dahulu tapi boleh la. Tapi agak malang kerana anak berminat nak kutip strawberry sendiri tapi tak dapat kerana buah sudah habis yang tinggal cuma putik dan buah kecil. Pukul 3 berada di kawasan pasar malam teringin nak makan jagung rebus dan bakar malangnya yang ada cuma penjual cina (nampak anak anjing cina tu kencing kat plastik dekat van dia..eeeee), peniaga melayu belum buka.
Malam singgan di SSL hotel kamunting untuk makan malam, teringin nak makan sirloin steak tapi tak ada, ambil ribeye steak. Tapi amat mengecewakan kerana steak macam kayu tak juicy langsung. 2chiken chop, 1ribeye steak, 1nasi goreng kampung, 4 air buah total RM106. Rasa rugi teramat sangat kerana tak sedap. Lebih baik pergi kedai makan set siakap lagi baik. Kenapa saya pilih SSL hotel, kerana bila semak hotel Halal dalam web dikawasan sekitar hanya SSL sahaja yang keluar ada sijil Halal dari Jabatan Agama Islam Perak. Jangan makan disini jika anda berniat begitu.
Ruang legar tempat makan
Sepatutnya Ribeye steak macam ni tebal dan juicy. Tapi apa yang saya dapat sekeping macam papan lapis keras, lepas tu dia letak kentang goreng berlambak-lambak harga RM23+, mengarut betul.
Tangki penyu dengan air jernih
Penyu ini macam manja-manja saja bila orang datang dia akan datang dekat dan keluarkan kepala dari air.
Anak-anak penyu yang kehitaman
Jadi jumlah jarak perjalanan kali ini untuk empat hari 1200km.
hehehe: Cuti musim akan datang projek melawat tempat bersejarah sepert pasir salak dll..dah malas nak bercuti di hutan batu, asyik-asyik pergi shopping mall bosannnnnnnnn.
2 ulasan:
bleh tau tak. jarak antara cameron ngan lostworld brape erk?
dari cameron ke lost world.kalau dlm KM tu tak pasti pulak. kalau masa travel 1jam-1jam30 ikut cara dirving la..bagi saya yg rasanya dekat aje.
Catat Ulasan