4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Jumaat, 24 April 2009

Takut pada Allah

Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badanya, Sebagaimana Abul-Laits telah berkata

"Tanda2 takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara"
1. Pada lisannya, dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. malah menyibukkan diri dengan berzikir, membaca alquran dan muzakarah ilmu.

2. Pada hatinya, dia membbuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya, lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.

3. Pada pandangannya, maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau lain2 yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia tetapi memandang dengan iktibar.

4. Pada perutnya, Maka perutnya tidak diisi dengan barang yang haram. itu dosa besar, sebagaimana Nabi SAW bersabda " Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya, jika dia mati dalam keadaan demikian naka tempatnya Neraka"

5. Pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. tetapi hanya menggunakan untuk taat kepada Allah. Diriwaikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata " Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabardjud hijau. Didalamnya terdapat 70ribu aula, setiap aula terdapat 70ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah"

6. Pada langkah kakinya, Dia tidak berjalan untuk maksiat, tetapi hanya melangkah untuk Allah, mencari keredaaNya serta untuk bergaul dengan ulama, orang2 soleh.

7. Terlihat pada ketaatannya, dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredaan Allah, takut pada riak dan munafik.

"Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga)."

Dipetik dari terjemahan kitan Mukashafah Al Qulub (Imam Al-Ghazali)



Tiada ulasan: