4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Artis Antarabangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Antarabangsa. Papar semua catatan

Khamis, 5 November 2009

Beckham dan Victoria bela babi

David Beckham dan keluarga

David Beckham dan Victoria telah membayar 1400 pound untuk memiliki babi sebagai binatang peliharaan. Bernilai 700pound seekor yang mana telah ditrim bulunya. Micro Pig atau Babi Mini menjadi kegilaan di Britain sekarang.

Yang kelakarnya pulak Posh nak namakan babi dia Elton dan David sempena nama kawan baik diorang Elton John dan David Furnish. Tapi Beckham nak panggil Pinky dan Perky aje..Malang la sapa yang jadi kawan diorang ni, nama kena bubuh kat babi..

Micro pig milik victoria sebesar cawan


ps: jangan melarat kat Malaysia sudah la.

sumber






Khamis, 8 Oktober 2009

Suri anak tom cruise

suri pic1

suri pic2

suri pic3






Rabu, 26 Ogos 2009

Pandu helikopter-Geri Helliwel firt flying lesson

Kalau duit dah banyak belajar pandu helikopter pun macam pandu kereta aje. Itula mewahnya celebrity kat US. Artis kat Malaysia ada yang terpaksa buat berbagai kerja nak tampung kos hidup.



I've got my notes: The instructor chats to a delighted Geri
I did it! Geri Halliwell celebrates after taking her first helicopter lesson at an airfield in Buckinghamshire

In the hot seat: Geri gets instructions from the front-row
Steady Spice: The flight went without any problems





Selasa, 18 Ogos 2009

Micheal Jackson burial 29th August


There's been so much chatter about when and where Michael Jackson is going be laid to rest that it is hard to keep up. But now, the pop star's father, Joe Jackson is weighing in, saying his son will be buried Aug. 29, what would have been his 51st birthday, at Forest Lawn-Hollywood Hills. In an interview with the New York Daily News, Joe Jackson said the burial plans were finalized in the last few days.

source LAtimes







Ahad, 16 Ogos 2009

Shah Rukh detained at US airport

Peminat Shah Rukh Khan membawa poster pujaan hatinya dan meneriakkan slogan anti Amerika dan membakar bendera AS di Allahabad, India, 16 Agustus 2009 kerana ditahan di New Jersey airport, Amerika syarikat.
peminat Shah Rukh Khan menggelar aksi protes dan membakar bendera Amerika syarikat, menyusul penahanan bintang Bollywood itu.

Shah Rukh mendapat pengalaman di luar jangka, di bandar New Jersey, Amerika syarikat, ketika ia ditahan dan ditanya selama sekitar dua jam sebelum pejabat perwakilan misi India campur tangan dan menjamin pembebasannya.

Petugas imigrasi AS membantah secara resmi menahan Shah Rukh. Namun, para artis dan ahli politik India tetap mengutuk tindakan yang mereka sebut perlakuan memalukan terhadap Shah Rukh, seorang Muslim yang sangat dicintai di negara majoriti Hindhu.

Peminat Shah Rukh yang marah di kota Allahabad, India utara meneriakkan slogan anti-AS dan membakar bendera Amerika. "Mengejutkan, mengganggu dan tidak

menghormati. Ini adalah perilaku yang mengundang kebencian dan rasisme. SRK (Shah Rukh Khan) adalah tokoh dunia," kata aktris Priyanka Chopra dalam Twitter.







Selasa, 11 Ogos 2009

Tom Cruise's son starring role in Hollywood remake of Red Dawn


It's a film that put Patrick Swayze firmly on the Hollywood map.

Now Tom Cruise's adopted son Connor is hoping a starring role in a remake of the 1984 movie Red Dawn, will do the same for him.

The fourteen-year-old's being touted to play the youngest member of a gang in the brutal guerilla warfare flick, which was once named the most violent film

by Guinness Book of Records.





Jumaat, 17 Julai 2009

George Lucas pendapatan paling tinggi


NEW YORK 16 Julai - George Lucas yang mengetengahkan filem Star Wars menduduki tangga teratas orang berpendapatan tinggi di Hollywood, semalam dengan pendapatan dianggarkan bernilai AS$170 juta (RM608 juta) setahun, selepas filem blokbuster Indiana Jones yang keempat ditayangkan di pawagam.

terus membaca disini

Rabu, 15 Julai 2009

Jennifer Aniston dan rambut


Jennifer Aniston sudah sejak lama menggayakan rambutnya yang ringan, lepas, dan mudah diurus. Ia jarang mengubah gaya rambut untuk menghadiri acara-acara formal. Mahu dilihat santai, menerima anugerah atau ke penghargaan filem, juga shooting, rambut seperti itulah yang ia pakai. Untuk orang lain, gaya rambut yang sama untuk segala acara pasti membosankan. Namun tidak dengan Jennifer. Dengan rambut yang cantik seperti itu, Anda mungkin memang tak perlu mengubahnya sama sekali.

Rabu, 8 Julai 2009

Inside Neverland Ranch

Neverland Ranch operated as Michael Jackson's former home and private amusement park.

more on pictures and hot stuff

Selasa, 7 Julai 2009

15 pelakon wanita terima bayaran terbanyak

FORBES' TOP EARNING ACTRESS LIST FOR 2008/09

1.) Angelina Jolie - $US27 million ($34.14 million)
2.) Jennifer Aniston - $US25 million ($31.61 million)
3.) Meryl Streep - $US24 million ($30.35 million)
4.) Sarah Jessica Parker - $US23 million ($29.08 million)
5.) Cameron Diaz - $US20 million ($25.29 million)
6.) Sandra Bullock - $US15 million ($18.97 million)
6.) Reese Witherspoon - $US15 million ($18.97 million)
8.) Nicole Kidman - $US12 million ($15.17 million)
8.) Drew Barrymore - $US12 million ($15.17 million)
10.) Renee Zellweger - $US10 million ($12.65 million)
11.) Cate Blanchett - $US8 million ($10.12 million)
12.) Anne Hathaway - $US7 million ($8.85 million)
12.) Halle Berry - $US7 million ($8.85 million)
14.) Scarlett Johansson $US5.5 million ($6.95 million)
15.) Kate Winslet $US2 million ($2.53 million

Majlis pengebumian Micheal Jackson


Pelbagai spekulasi yang kita dengar berkenaan cara jenazah Micheal Jackson akan dikebumikan. Jika mengikut kata abangnya Micheal akan dikebumikan dengan cara Islam yang mana Micheal telah memeluk Islam pada 2008 di saksikan abangnya.

Berita terbaru mengatakan Micheal akan dikebumikan dengan cara kristian. Terlalu banyak spekulasi telah disebarkan jadi kita tidak dapat menjangka apa sebenarnya berlaku, Selama 12 hari jenazah terbiar dan tersiksa tanpa dikebumikan dan sekiranya dikebumikan secara Kristian bagaimana pula ceritanya, hanya Allah yang mengetahui.

Untuk memastikannya pada jam 1.00pagi ini (waktu tempatan Malaysia) akan disiarkan secara langsung upacara pengebumian jenazah Mikaeel di 8tv dan CNN.com. Sama-sama kita berharap agar ianya dikebumikan secara islam.

Ahad, 5 Julai 2009

Keranda emas Micheal Jackson

LOS ANGELES: Ikon muzik pop, Michael Jackson, akan dikebumikan dalam keranda bersadur emas berharga AS$25,000 (RM87,500) dalam upacara pengebumian yang dijangka bertepatan dengan ramalannya sendiri sebagai pertunjukan paling hebat di dunia.

Keranda itu menggunakan reka bentuk yang jarang digunakan bergelar 'Promethean', dibuat daripada gangsa tulen tetapi disadur emas 14 karat, bercermin dan dihiasi baldu. Ia ditempah kelmarin daripada Syarikat Keranda Batesville dan serupa dengan keranda yang digunakan untuk mengebumikan penyanyi James Brown pada 2006, menurut laporan laman web pertama yang menyiarkan berita kematian Raja Pop itu, TMZ.com.
sumber bharian

gambaran sahaja

Tapi kenapa ya? rasa macam King Tut pulak kalau dah kerandanya emas..

keranda King tut dari emas

Megan Fox pictures



more on Pictures and Hot Stuff

anda mungkin berminat

1.6 juta peminat mendaftar untuk memperingati Micheal Jackson

Seramai 1.6 juta peminat mendaftar untuk mendapatkan tiket bagi majlis memperigati Micheal Jackson yang hanya berjumlah 9000 tiket sahaja. Pendaftaran berakhir jam 6 petang waktu tempatan (Los Angelas) sabtu. Mereka yang berdaftar akan dipilih secara rawak oleh komputer untuk mendapatkan 2 tiket untuk menghadiri majlis di Staples Center selasa.

11000 tempat disediakan untuk peminat Micheal di Staples Center dan 6500 dapat menyaksikan dari Nokia Theater di seberang jalan. Keluarga Micheal juga akan membenarkan penyiaran percuma kepada semua rangkaian televisyen agar semua peminat dapat menyaksikannya














Menurut keluarga Micheal Jackson upacara pengebumian akan dilakukan secara tertutup yang mana hanya keluarga dan sahabat terdekat sahaja dijemput. Menurut abangnya Jeramaine Micheal akan dikebumikan dengan cara Islam dan itulah kehendak Micheal yang terbaik baginya menurut ibunya juga.

anda mungkin berminat

Jumaat, 26 Jun 2009

Micheal Jackson Meninggal Dunia

Micheal Jackson disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung dan pernafasan, Bermula dari penyakit kulitnya dan masalah kewangan beliau telah meninggalkan peminatnya pada usia 50 tahun. Semua ahli keluarga Micheal Jackson dan beribu peminat Micheal Jackson telah berkumpul di Pusat Rawatan UCLA untuk memberikan penghormatan kepada Raja Pop dan ada yang masih belum mempercayai akan peristiwa ini.

Los Angeles County Coroner berkata Micheal Jackson disahkan meninggal pada 2:26pm Khamis (waktu tempatan LA) Micheal Jackson telah tidak sedarkan diri di rumah beliau di Los Angeles pada pagi Khamis menurut Randy Jackson. Bantuan 911 telah tiba dikediaman beliau pada 12:21pm. Micheal Jackson tidak menunjukkan sebarang tindak balas semasa di bawa ke Hospital. Micheal jackson telah dirawat dan dipindahkan ke UCLA medical center.

Micheal Joseph Jackson telah dilahirkan pada 29hb ogos 1958 di Gary Indiana, Dia adalah anak ke 7 dari 9 adik beradik. (sigmund "Jackie", toriano "Tito", Jermaine, Marlon, Steven "Randy", dan perempuan Rebbie, Janet dan La Toya Jackson)

Mula menyanyi pada usia 5 tahun sebagai penyanyi utama untuk The Jackson Five yang ditubuhkan pada 1964. Empat single pertama mereka " I want you back", "ABC", "The Love you save" dan"I'll be there" . The Jackson Five telah merakamkan 14 album dan Micheal Jackson merakamkan 4 album solo bersama Motown yang membawa mereka ke dunia nyayian.

The Jackson Five kekal bersama Motown sehingga 1976, Mereka meninggalkan Motown untuk lebih berjaya dan telah menandatangani bersama Epic. Mereka terpaksa menukar nama kepada The Jackson kerana The Jackson Five adalah milik Motown. Abang nya Jermaine sahaja yang kekal bersama Motown dan telah berkahwin denngan anak Berry Gordys.

Pada 1977 Micheal Jackson mula berlakon dalam musical filem "The Wiz" berperanan sebagai "Scarecrow" bersama Diana Ross.

Pada 1982 Micheal Jackson telah menghasilkan album terlaris yang berjaya di jual di dunia pada masa itu "Thriller" dan sebanyak 50 juta salinan telah dihasilkan dan memenangi banyak anugerah.

Pada 1984 Micheal Jackson memenangi pemecah record bagi 8 Grammy award dalam satu malam. Semua award berkenaan adalah bagi album "thriller" dan juga " ET Storybook"

tag: Micheal Jackson meninggal dunia



Jumaat, 5 Jun 2009

Hollywood: Minta RM21,090 sesaat

Itulah rezeki terbaru diperoleh aktres jelita, Catherine Zeta-Jones. Namun, khabarnya isteri kepada aktor romantik, Michael Douglas, 64, ini turut meminta dibayar sebanyak RM21,090 (STG3,700) bagi sesaat penampilannya dalam satu iklan shampo.

Apapun, menurut sumber daripada syarikat terkemuka yang mengeluarkan jenama shampo terbabit memaklumkan Catherine sudah menerima bayaran sebanyak RM8.8 juta (STG1.55m) sebagai gajinya dan jumlah itu boleh dikatakan agak besar.

Sebagai bintang utama iklan shampo itu, ia akan disiarkan untuk rangkaian televisyen di China dan Jepun. Bahkan, iklan yang dianggarkan berlangsung selama tujuh minit ini turut dipertontonkan di pawagam hingga meliputi seluruh pelosok Timur.

Ditanya mengapa Catherine yang menjadi pilihan utama, kata sumber itu ia mengingatkan kemunculan ibu dua anak, Dylan, 8, dan Carys, 6 ketika membintangi filem Entrapment yang kelihatan lembut dan misteri. Jadi, dia (Catherine) adalah pilihan yang betul.

"Sebab itu, jalan cerita iklan ini digarap umpama filem mini penyiasatan. Bagaimanapun, Catherine tetap nampak cantik dan hebat terutama rambutnya yang mempesona. Justeru, seperti dimaklumkan pemilihan pelakon sepertinya sangat tepat.

"Daya tarikan yang ada pada diri Catherine amat besar. Ia boleh dilihat dalam setiap filem dibintanginya. Oleh itu, pengambilannya untuk membintangi iklan shampo ini pasti tidak membawa sebarang risiko. Malah, sudah tentu ia berjaya," katanya.

Menurut jurucakap kepada pelakon itu pula, soal Catherine meminta bayaran tinggi adalah perkara biasa dilakukan selebriti terkenal. Bagi mendapatkan khidmat mereka (selebriti) bukan mudah dan ia tidak hanya terikat dengan membayar gaji semata-mata.

"Namun, hasil kerja Catherine cukup membanggakan. Dia begitu komited dan tahu apa yang perlu dilakukan. Secara tidak langsung, pesona dimilikinya pasti membantu penjualan shampo ini di pasaran. Sudah pasti, golongan wanita tertarik.

"Lihat saja iklan dibintangi selebriti terkenal sebagai model, memang tidak mengecewakan. Permintaan produk di pasaran sangat baik. Justeru, boleh dikatakan ia strategi pemasaran yang baik dalam mengiklankan sesuatu barangan atau produk," katanya.


credit to MYMetro

Ahad, 17 Mei 2009

Shah Rukh Khan ada RV




Shah Rukh Khan pernah dinobatkan sebagai King Khan, kali ini beliau ingin menonjolkan kuasa ‘dirajanya’ dengan memiliki sebuah RV yang dilengkapi teknologi tinggi & kemasan yang mewah, yang di’reka khas oleh Dilip Chhabria atas kehendak Shah Rukh Khan sendiri

Menurut sumber, RV tersebut seperti sebuah kapal angkasa. Dilengkapi dengan 5 bilik, kesemua’nya akan mempunyai fungsi masing-masing seperti bar, gim, pejabat, bilik tidur & bilik mandi. Tambah’nya lagi, hobi Shah Rukh Khan yang cinta pada muzik memberikan idea kepada pereka dengan melengkapkan RV tersebut dengan kejuruteraan bunyi.

RV tersebut juga boleh memberikan kepelbagaian mood dengan hanya sentuhan jari. Andai kata Shah Rukh Khan ingin berada dalam mood party, sentuhan jari memberikan arahan kepada komputer yang lantas menukarkan mood lampu mengikut kehendak Shah Rukh Khan.