1. Phishing kaedah pancing. yang mana pelanggan akan dihantar sms untuk melanggan sesuatu perkara dan akan dikenakan charge tertentu. Ayat yang power membuatkan pelanggan terjebat. Asalnya hanya dihantar seminggu sekali dan akhirnya menjadi semakin kerap. Jika beberapa kali mereka cuba menghantar sms kepada anda tetapi gagal kerana anda kehabisan kredit, awas bila anda masukkan kredit anda semula anda akan kehilangan satu jumlah yang besar daripada sms yang mereka gagal hantar. Jadi jangan layan segala bentuk sms yang meragukan.
2. Teknik menghantar sms tanpa ada sebarang maklumat (sms kosong) biasanya dari nombor 63888 begini. Apabila anda menerima sms dan terus membuka sms berkenaan kredit akan dipotong dan apa yang dipaparkan cuma "message cannot been displayed", RM3 akan hilang.-Jadi jangan terus membuka sms anda, sebaiknya masuk melalui message>inbox> lihat penghantarnya. Jika dari 63888 abaikan dan terus delete.
3. Teknik ketiga lebih merbahaya. Klon simcard. Simcard anda mungkin telah diklon oleh orang yang tak bertanggungjawab. Bila anda tambah kredit dia juga akan menerima sms kredit telah ditambah. Ia seolah-olah 2 simcard yang mempunyai identiti yang sama di hanphone yang berlainan.-Jadi tiada pilihan bagi anda melainkan menukar nombor lain, atau tukarkan nombor anda ke operator lain dan berhati-hati semasa menghantar handphone anda ke kedai untuk service atau apapun, pastikan simcard anda disimpan.
Satu komen dalam forum berkenaan klon simcard
With the SIM Card Clone kit you can clone your current SIM card and hace a
second SIM that will work on a different GSM phone.
Or you can have different SIM cards from different operators all cloned into
a single SIM card to be used in a single phone.
antara alat pengklonan simcard
hehehe: anda boleh buat google search cloning simcard, betapa banyaknya kaedah-kaedah yang diterangkan dengan jelas. Semakin baik teknologi semakin banyak penjahat.























