Search This Blog

Loading...

ONLINE STORE / OFFLINE STORE

Sunday, April 19, 2009

Udang Lipan

Ada seorang kenalan memperkenalkan udang lipan ni, katanya sedap. Pada permulaan tengok pada rupanya menakutkan sikit. memandangkan katanya isi udang lipan ini hampir sama dengan ketam terasa pulak nak mencuba.

Benda kalau nak di cari memang susah nak jumpa. Kalau tak nak berlambak depan mata, itulah adatnya. Merata mencari tak juga jumpa. Seorang kawan mencadangkan ke Kuala sepetang, di sana kami berjumpa dengan seorang nelayan berbagsa cina, Mak aiii RM60/sekilo, pensan den. Yang hidup dan bersaiz besar lagi sedap katanya. Batalkan projek sambung esok.

Rezeki akhirnya menyebelahi saya, akhirnya terjumpa juga kat pasar pagi RM4 je sekilo, yang mati la.. So balik rebus je..mula-mula seram gak nak makan tapi dah rasa sikit ok juga rasanya..So hari tu habislah sekilo dengan 4 beranak sekali makan je. 

Cuba-cubalah bagi yang belum.


2 comments:

DaeiSuper Saiya said...

Salam, saya nak tanya, pasar pagi mana yang saudara pergi?

Anonymous said...

Pasar malam sekitar Taiping ada jual udang ini..ataupun di pasar simpang empat atau simpang tiga (changkat jering)

terkinibersama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tahukah anda

Tiada siapa yang mampu mencuri ilmu yang kita perolehi dengan membaca. Jadikan diri kita sebahagian daripada masyarakat yang berilmu.