Seperti yang kita sedari, sekarang terdapat berbagai jenis selsema, samada selsema biasa, burung dan yang terbaru selsema babi. Tetapi apakah langkah yang paling minimum yang boleh kita lakukan terutama bagi yang banyak berurusan dengan orang ramai atau yang mempunyai rakan kerja yang ramai. Pastikan anda seorang yang menjaga kebersihan diri itu yang paling utama untuk menghindarnya tetapi bagaimana?
1. Pastikan anda tidak terlalu hampir dengan mereka yang mengalamai selsema, kerana selsema berjangkit melalui air liur, kahak atau hingus yang keluar semasa bersih atau selsema.
2. Berjaga-jaga dengan barangan yang bukan milik anda, ini adalah kerana dikuatiri virus selsema telah dipindahkan dari pembawa ke barangan tersebut dan virus ini boleh bertahan di luar pembawa selama 1 hingga 3 jam. Pembawa mungkin menutup mulutnya dengan tangan dan menyentuh barangan maka virus telah dipindahkan dari tangan ke barang berkenaan.
3. Menjaga kebersihan diri dengan membuang tabiat yang tidak sihat seperti mengesat mata dengan tangan, memegang hidung dan meletakkan jari kedalam mulut dengan segaja atau bertujuan untuk mencungkil gigi.
4. Pastikan anda berada dan menyediakan sapu tangan kecil untuk menutup mulut bila perlu apabila berada dalam kenderaan awam seperti bas, train dan sebagainya. Selalunya pembawa yang bersin atau seumpama mudah menyebarkan virus di tempat seperti ini.
5. Menyediakan hand sanitizer bagi membersihkan tangan apabila keadaan memerlukan.
Bayangkan betapa banyak kita bersentuhan dengan alatan yang mungkin telah dijangkiti virus dalam kehidupan seharian, mungkin di pemegang di dalam bas, lrt, button lift, pemegang tangga, singgah belek-belek majalah, bertukar wang sewaktu membeli dan macam-macam lagi. Jadi kita perlu mengambil langkah yang termampu untuk mengurangkan kadar jangkitan.
Walaubagaimanapun kunci bagi menyelesaikan masalah ini adalah kebersihan diri sendiri dan juga tabiat buruk sesetengah orang. Pastikan anda membuang semua tabiat buruk seperti yang disebutkan di atas bagi mengurangkan kadar jangkitan selsema.
ps: saya sentiasa membawa "Instant hand sanitizer-kill 99.99% of germs without water" botol kecil sesuai untuk diletakkan di dalam poket atau beg tangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan