Bilik. Ada satu bilik yang aku tak berani masuk. Dah dua kali aku lalui pengalaman berhadapan dengan bilik ini. Kedua-dua nya berkenaan antara hidup, mati dan masa hadapan aku. Kali pertama aku hanya sempat melihat bilik berkenaan selepas segalanya selesai. Kali kedua walaupun aku ada tapi aku tak sanggup untuk berhadapan dengan bilik ini walau dengan pintunya sahaja aku tak sanggup. Kalau boleh nak dibawa jauh-jauh perasaan takut ini tapi perasaan kesian dan kasih melebihi segalanya walaupun banyak mulut-mulut yang mengata.
Tapi semalam 4hb mei 2009, perkara yang sama lagi dilalui, walaupun tidak melibatkan aku secara langsung tapi aku masih tak suka melihat bilik tersebut. Bermula pukul 12 tengah hari sehingga jam hampir 9 malam semua yang ada gelisah walaupun kadang kala ada sedikit gelak ketawa tapi yang pasti ramai yang merasa cemas. Lebih kurang jam 845pm segala rasa cemas bertukar menjadi syukur dan gembira dan pada masa ini sahaja aku sanggup untuk meghampiri bilik tersebut. Alhamdulillah semua selamat.
Bilik yang aku maksudkan adalah :
-
-
-
Bilik bersalin / melahirkan anak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan