4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Ahad, 17 Mei 2009

Elak produk minuman meragukan

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini dinasihatkan berwaspada dengan produk minuman dari luar negara yang seakan-akan jenama minuman keras kerana ia tergolong perkara syubhah.

Penceramah bebas yang juga Perunding Motivasi Human-Touch Consultant Sdn Bhd, Mohd Zawawi Yusoh, berkata produk minuman itu yang mendapat sambutan luar biasa pada pameran produk halal, baru-baru ini boleh mendatangkan kekeliruan kepada pengguna terutama golongan remaja.

“Secara dasarnya, kita sudah diterapkan bahawa bir atau minuman keras haram dan kita dilarang mencuba produk itu.

Bagaimana pula sesuatu produk yang diketahui haram menjadi halal sedangkan isi kandungannya tidak diketahui pengguna,” katanya.

Menurutnya, langkah memperkenalkan minuman seumpama itu boleh menyebabkan pengguna cuba membiasakan diri dengan produk yang secara tiba-tiba menjadi halal dan tidak mustahil akan merapatkan mereka dengan produk asli.

“Jika selama ini semua orang maklum bir haram, namun secara tiba-tiba ia menjadi halal, sudah pasti ramai orang ingin mencuba kerana mahu mengetahui rasa minuman itu.

“Secara tidak langsung, ia menyebabkan pengguna ingin mencuba bir yang asli dan ini akan menyebabkan minuman itu yang hukumnya haram menjadi halal kerana diuar-uarkan sebagai halal oleh pengeluar,” katanya.

Mohd Zawawi, berkata pengeluar seharusnya sensitif dengan hukum-hakam Islam dan tidak seharusnya mementingkan keuntungan saja.

“Kita tidak pasti apa kandungan minuman itu, namun dari segi luaran dan pembungkusan, ia dilihat sama seperti minuman keras sebenar dan mengundang rasa ingin tahu pengguna terutama remaja.

“Apa akan jadi pada masyarakat kita jika remaja hari ini minum minuman keras seperti tiada perasaan berdosa sedangkan dalam al-Quran sudah dijelaskan mengenai hukumnya?” katanya.

sumber mymetro


Tiada ulasan: