4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Rabu, 6 Mei 2009

Kempen boikot

Alhamdulillah semenjak Israel menyerang palestine dan membunuh beramai-ramai saudara ku di sana kempen dan azam untuk memboikot barangan Israel, Amerika dan sekutunya masih lagi dapat aku pertahankan. Dan alhamdulillah juga kerana Allah telah mengurniakan zuriat dan anak-anak yang memahami perjuangan yang harus setiap umat islam hadapi di zaman globalisasi walaupun umur mereka masih mentah 9 dan 7 tahun.

Cuma saya tak faham masih ada sesetengah umat islam yang seolah-olah tidak mengendahkan dan lupa terhadap perjuangan para sahabat yang begitu menyeksakan untuk mempertahankan Islam sehingga terkorban. Mereka sanggup meniggalkan anak bini, perniagaan dan apa sahaja yang berharga di dunia demi kepentingan Islam. Tetapi apa dah jadi dengan umat Islam di Malaysia? minta memboikot pun tak mampu nak buat, seolah olah bagi mereka tak ada kesan terhadap boikot ini. Jika semua berfikiran sama habislah umat islam ditindas dengan cara yang paling halus oleh Israel. Antara yang tidak menyokong boikot.

Dan satu lagi, dah lah tak support kempen boikot, ditampalnya pula sticker VIG (very important guest) lah kono. Siap promote lagi. VIG untuk apa? VIG untuk kemana?(cakap nanti marah lak pembaca) adakah mereka terlalu bodoh untuk memikirkan perkara yang semudah ini. Sedih, ada yang berkopiah, bertudung tapi masih tak nampak akan perjuangan yang harus di pikul oleh semua umat Islam.





Semua tahu tak, kalau kita sama-sama berganding bahu apa akan jadi pada mereka, tengoklah gambar dibawah, merempak mamat rambut merah ni coz umat islam tak support dah diorang.
Amacam korang tak teringin ke tengok gambar cam bawah ni terjadi

Dipetik dari muslimconsumer
Coke bukanlan makanan yang baik- mengandungi berbagai bahan yang tidak baik untuk kesihatan. Kehalalannya diragui. Mengandungi alkohol yang sengaja dicampurkan kedalam nya. Kalau yang di fast food sehingga 3 peratus alkohol.

Pemiliknya Yahudi yang memusuhi Islam. Jika saudara berada didalam keadaan dharurat, daging babi pun boleh dimakan, tetapi, jika kita didalam keadaan yang boleh berusaha dan berikhtiar, carilah yang lebih baik daripada itu, dan, kepayahan saudara berikhtiar itu bukan percuma. Semuanya diberi ganjaran oleh Allah.

Fikir-fikirlah
ps: ada sahabat saya sendiri pun buat tak tahu je, tak boleh tahan katanya. Entahlah. Lemahnya umat Islam akhir zaman ni.


Tiada ulasan: