Cari Blog Ini

Sabtu, 2 Mei 2009

Syarat barang tidak HALAL di pasaraya

Bagi pasaraya yang menjual bahan mentah dan produk halal dan tidak halal,perkara berikut mesti diambilkira:

-kawasan bagi kategori HALAL dan TIDAK HALAL hendaklah tidak berdekatan atau bersebelahan dan dilabelkan dengan jelas;

-produk halal mestilah diasingkan daripada produk tidak halal walaupun di dalam kategori yang sama;

-label atau tanda barangan bagi kategori HALAL dan TIDAK HALAL mestilah dipamerkan dengan jelas;

-susun atur barangan hendaklah mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti bahan mentah basah, kering dan sebagainya;

-tempat (kaunter) pembayaran bagi kategori HALAL dan TIDAK HALAL ini hendaklah berasingan di antara satu sama lain; dan

-penggunaan troli/bakul hendaklah berasingan bagi kategori HALAL dan TIDAK HALAL. Pelabelan atau penggunaan warna troli/bakul yang berlainan hendaklah digunakan untuk tujuan tersebut dan makluman ini hendaklah disebarkan atau pengusaha premis hendaklah menggunakan apa cara sekalipun bagi memudahkan pengguna memahami erti pengasingan/ perbezaan troli atau bakul tersebut.


sumber HDC

ps/ dipasaraya terkemuka kat Malaysia ni ada ke diorang asingkan troli/bakul untuk yang tidak halal? rasanya tak pernah nampak lak. muskil ni...



Tiada ulasan: