4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Isnin, 18 Mei 2009

Syurga Cinta


Teks oleh Haswari Ali


KUALA LUMPUR, 17 MEI 2009: Kontroversi yang pernah melanda pelakon Awal Ashaari yang memakai jubah tetapi pada masa sama mengayakan subang, akan terjawab dalam filem Syurga Cinta arahan Ahmad Idham.

Hanya menerusi filem terbaru terbitan MIG Production Sdn Bhd itu penonton akan dapat menemui jawapan mengapa Awal yang memegang watak sebagai Irham sanggup bergaya seperti itu.

Melalui filem itu juga, anda akan dapat menyaksikan dan menilai lakonan sulung Heliza AF yang memegang watak sebagai Syuhadah, seorang guru agama cantik lulusan universiti.

Apakah hubungan antara Irham dan Syuhada meskipun masing-masing berbeza latar belakang serta cara hidup?


Menjalani pengambaran pada Julai tahun lalu, Syurga Cintaturut mengundang Adik Haziq yang turut memegang watak utama sebagai Ikmal, iaitu kanak-kanak yang nakal dan petah berbicara. Syurga Cinta akan mengupas kehidupan 2 individu Melayu dengan 2 akidah yang berbeza. Ia mengetengahkan elemen keagamaan di dalam kisah cinta remaja. Pertembungan 2 gaya hidup inilah yang menonjolkan nilai yang menarik.


Filem ini menceritakan Irham, berusia lewat 20-an, anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Puan Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti masyarakat Barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis sehingga Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham tidak menang lagi, mereka akhirnya mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak akan pernah menyukai gadis sebegini. Dan gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis bertudung tetapi berfikiran moden yang masih mempertahankan nilai seorang muslimah.

Syuhadah merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap diasuh dengan didikan agama yang cukup.

Irham mula melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan guru agama di sekolah adik angkatnya, Ikmal. Irham cuba menggunakan bantuan Ikmal untuk menjayakan misinya itu. Syurga Cinta yang akan mula ditayangkan pada 21 Mei ini turut membariskan pelakon Mustapha Kamal, Dian P Ramlee, Hisham Ahmad Tajuddin, Fizz Fairuz, Sam Saheizy dan pelawak veteran Wazata Zain.


credit to murai

Tiada ulasan: