Search This Blog

Loading...

JUALAN PELBAGAI BARANGAN MENARIK DENGAN HARGA BERPATUTAN.

Sunday, May 17, 2009

Tanda dan gejala meningitis


Biasanya ia disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Jadi, adalah penting untuk mengetahui sama ada meningitis yang dialami anak anda disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Ini kerana jangkitan bakteria akan berlaku dengan cepat dan menjadi keracunan darah (septisemia) yang boleh menyebabkan kerosakan serius pada otak, kerosakan organ lain dan kematian.

Seperti yang dikatakan di atas, meningitis boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut penyebabnya iaitu:

  •  Meningitis viral — Akibat jangkitan virus. Secara umumnya meningitis jenis ini tidak seteruk meningitis bakteria. Rawatan tidak memerlukan antibiotik kerana ia tidak boleh membunuh virus. Kanak-kanak yang diserang meningitis akan dipantau ketika dirawat di hospital.


  •  Meningitis bakteria — Ia lebih teruk dan serius. Anak anda perlu diberikan antibiotik secara berterusan dan keadaannya dipantau sepanjang dia berada di hospital supaya sebarang perubahan dapat dikesan segera.


    Tanda dan gejala

    Ia berbeza mengikut umur dan jenis jangkitan. Antara tanda dan gejala meningitis ialah:

  •  Demam

  •  Muntah

  •  Sawan

  •  Sakit kepala

  •  Tidak selesa dan menangis kuat (terutama bayi)

  •  Letih, pening atau sukar hendak bangun tidur 

  •  Leher terasa tegang (pada kanak-kanak yang lebih besar)

  •  Ubun-ubun pada bayi bengkak dan nampak 'penuh'

  •  Tidak suka pada cahaya terang (fotofobia)

  •  Bayi mungkin akan mendongakkan kepala atau melentikkan badan



    Bagaimana anda boleh mendapat meningitis?

    Kadangkala punca jangkitan pada kanak-kanak sukar dikesan. Bakteria yang menyebabkan jangkitan meningitis adalah sangat biasa dan biasanya satu dalam 10 kanak-kanak, bakteria ini dijumpai di hidung dan tekak. 

    Ia boleh merebak dari seorang ke orang lain melalui batuk, bersin, ciuman atau berkongsi peralatan makan dan minum. Jangkitan juga berlaku apabila ada sentuhan. 

    Berita baiknya, kuman ini tidak boleh hidup lebih dari beberapa saat apabila ia ada di luar badan manusia.

    Malah, ketika ini juga anda mengelak ada di tempat sesak dan banyak asap (termasuk di rumah yang dipenuhi asap rokok) kerana jangkitan juga dikatakan mudah berlaku dalam persekitaran begini. 



    Rawatan

    Rawatan yang diberi kepada anak anda bergantung kepada jenis meningitis yang dialami. Anak anda akan diberi antibiotik intravena (secara suntikan ke dalam salur darah) sehingga jenis meningitisnya dapat dikesan. Rawatan termasuk kemasukan ke hospital untuk:

  •  Mengesan jenis meningitis

  •  Memberi antibiotik 

  •  Memantau keadaan pesakit

    Kebanyakan orang akan sembuh selepas satu tempoh tertentu. Untuk pengesahan, doktor perlu mengambil air tulang belakang anak anda. Apabila diberitahu air tulang belakang anak perlu diambil, ramai ibu bapa bimbang.

    Mereka mendengar pelbagai cerita kurang enak akibat pengambilan air tulang belakang. 

    Sebenarnya ia tidak benar. Pengambilan air tulang belakang tidak akan memberi kesan kepada kesihatan.

    Malah, ia juga tidak akan habis kerana setiap orang mempunyai air tulang belakang yang banyak.

    Badan akan menggantikan air tulang belakang bagi menggantikan kuantiti cecair yang diambil.

    Usah bimbang, ini adalah ujian yang selamat dan dilakukan doktor yang berpengalaman untuk memasukkan jarum ke pinggang belakang anak anda, iaitu di celah tulang belakang bagi mengambil sampel cecair tulang belakang (juga dipanggil cecair serebrospinal, CSF).

    Diagnosis meningitis dilakukan melalui ujian ke atas sampel cecair tulang belakang dan darah. Keputusannya boleh diperoleh dalam masa dua hingga tiga hari.

  • credit mymetro

    2 comments:

    Anonymous said...

    agak2la background putih pakai font pun putih.. tak payah nak bukak blog la kalau cenggini

    Anonymous said...

    amboi..marah nampak.tak tahu la kenapa dia jadi font putih.mungkin artikel tu tak ikut masa tukar background dari hitam ke putih.hehehe.
    anyway tima kasehhhhhhhh

    terkinibersama

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Anak-anak seharusnya dipanggil dengan gelaran yang lebih dewasa seperti kak long/abang long/kak ngah dan elakkan dari memanggil mereka dengan gelaran yang membantutkan kedewasaan mereka seperti boboi/manja/baby/adik/ dll. Teruskan

    Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu...teruskan

    Barat membisu dengan bukti bulan pernah dibelah

    Salah satu dari mukjizat Nabi Muhammad yang mashur ialah baginda telah membelah bulan kepada dua, dengan izin Tuhan, dan kemudian bercantum semula.Teruskan

    Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari untuk mendapatkan sehelai saputangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50sen dari poket seluar ayah..teruskan

    Tahukah anda

    Tiada siapa yang mampu mencuri ilmu yang kita perolehi dengan membaca. Jadikan diri kita sebahagian daripada masyarakat yang berilmu.