4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Sabtu, 23 Mei 2009

Zambry MB Perak yang sah


Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

 

Sedikit biodata mengenai Menteri Besar Perak ke-11 di bawah ini.

  • Dilahirkan pada 22 Mac 1962 di Pulau Pangkor, Perak. Perkahwinan dengan Datin Saripah Zulkifli dikuniakan lima cahaya mata. (3 perempuan dan 2 lelaki).
  • Mempunyai kelulusan akademik di dalam PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995), MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama, MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam dan B Econs (Kepujian) UIAM (1987)
Beliau mula berpolitik ketika menjawat sebagai Ketua Pemuda Umno Pangkor pada tahun 1992 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perak. Beliau bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri ini ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas PRU 2004. Semasa rombakan kecil pada bulan September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi.

Tiada ulasan: