4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Ahad, 7 Jun 2009

Gambar perkahwinan Nana

MUAR: Tarikh 6 Jun adalah hari paling menggembirakan bu- at Rosnah Harun, ibu kepada penyampai radio Era, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana kerana selain menyaksikan anaknya selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, dia turut menerima sebuah kereta mewah.

Mercedes CLK180 Kompressor dengan nombor pendaftaran KCM66 itu dihadiahkan Nana kepada Rosnah sempena ulang tahun kelahirannya ke-48 yang disambut pada 2 Jun lalu.

Menurut Nana, 26, beliau sekeluarga merancang membuat kejutan buat ibu supaya hari bahagianya bersama suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah, 35, juga menjadi hari yang tidak akan dilupakan ibu kesayangannya.

“Saya tahu ibu teringin sangat memiliki kereta itu, sebagai anak saya cuba yang termampu untuk memenuhi impiannya. Semua dokumentasi siap sebelum hari perkahwinan, tidak perlu tahu berapa harga kereta kerana yang penting ibu dan ayah gembira dengan hadiah ini,” katanya.
Dipetik dari METRO 7/6/09
Oleh ZALIFAH MOHD YATIM
sama cantik sama padan


Barang hantaran
Hantaran Gitar Elektrik ni berharga RM10,000.00 (Nak buat apa ye dengan gitar ni)

gambar credit to ohbulan

Tiada ulasan: