4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Jumaat, 5 Jun 2009

Hollywood: Minta RM21,090 sesaat

Itulah rezeki terbaru diperoleh aktres jelita, Catherine Zeta-Jones. Namun, khabarnya isteri kepada aktor romantik, Michael Douglas, 64, ini turut meminta dibayar sebanyak RM21,090 (STG3,700) bagi sesaat penampilannya dalam satu iklan shampo.

Apapun, menurut sumber daripada syarikat terkemuka yang mengeluarkan jenama shampo terbabit memaklumkan Catherine sudah menerima bayaran sebanyak RM8.8 juta (STG1.55m) sebagai gajinya dan jumlah itu boleh dikatakan agak besar.

Sebagai bintang utama iklan shampo itu, ia akan disiarkan untuk rangkaian televisyen di China dan Jepun. Bahkan, iklan yang dianggarkan berlangsung selama tujuh minit ini turut dipertontonkan di pawagam hingga meliputi seluruh pelosok Timur.

Ditanya mengapa Catherine yang menjadi pilihan utama, kata sumber itu ia mengingatkan kemunculan ibu dua anak, Dylan, 8, dan Carys, 6 ketika membintangi filem Entrapment yang kelihatan lembut dan misteri. Jadi, dia (Catherine) adalah pilihan yang betul.

"Sebab itu, jalan cerita iklan ini digarap umpama filem mini penyiasatan. Bagaimanapun, Catherine tetap nampak cantik dan hebat terutama rambutnya yang mempesona. Justeru, seperti dimaklumkan pemilihan pelakon sepertinya sangat tepat.

"Daya tarikan yang ada pada diri Catherine amat besar. Ia boleh dilihat dalam setiap filem dibintanginya. Oleh itu, pengambilannya untuk membintangi iklan shampo ini pasti tidak membawa sebarang risiko. Malah, sudah tentu ia berjaya," katanya.

Menurut jurucakap kepada pelakon itu pula, soal Catherine meminta bayaran tinggi adalah perkara biasa dilakukan selebriti terkenal. Bagi mendapatkan khidmat mereka (selebriti) bukan mudah dan ia tidak hanya terikat dengan membayar gaji semata-mata.

"Namun, hasil kerja Catherine cukup membanggakan. Dia begitu komited dan tahu apa yang perlu dilakukan. Secara tidak langsung, pesona dimilikinya pasti membantu penjualan shampo ini di pasaran. Sudah pasti, golongan wanita tertarik.

"Lihat saja iklan dibintangi selebriti terkenal sebagai model, memang tidak mengecewakan. Permintaan produk di pasaran sangat baik. Justeru, boleh dikatakan ia strategi pemasaran yang baik dalam mengiklankan sesuatu barangan atau produk," katanya.


credit to MYMetro

Tiada ulasan: