4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Rabu, 17 Jun 2009

Jimatkan minyak kereta anda

Beberapa cara untuk jimatkan minyak kenderaan anda

Ada beberapa cara untuk menjimatkan minyak kereta anda, antaranya yang sedia maklum adalah dengan:-
1. Memasang alat penjimat minyak yang banyak dipasaran
2. Pastikan minyak enjin, palam pencucuh dan penapis minyak dalam keadaan baik.
3. Buat penalaan pada enjin
3. Tekanan angin tayar
4. Jangan simpan barang yang tak perlu di dalam kereta, kereta yang berat akan menambah penggunaan minyak.
5. Bersih kereta selalu, Kotoran yang terlalu tebal menyebabkan rintangan angin dan berat bertambah
6. Memandu dalam keadaan yang stabil, jangan tekan pendikit minyak secara melulu, kekalkan rpm kereta pada satu tahap.
7. Jangan brek secara tiba-tiba, ambil masa yang panjang untuk brek dengan brek dari jauh sebelum berhenti.
8. Jangan buka tingkap semasa memandu di Lebuhraya, Ini menyebabkan rintangan menjadi tinggi kepada kereta anda kerana angin akan masuk dan memusing di dalam kereta.
9. Laraskan kesejukan pendingin udara pada tahap minimum yang sesuai dengan keperluan anda
10. Kereta yang agak tua pastikan ruangan extractor dan paip tengah tidak dipenuhi dengan karbon.

Antara yang lain untuk jimat minyak

1. Ada yang pasang alat menggunakan air ke enjin (minyak+air)-Dah lihat penggunaanya dalam tempoh 3 bulan, nampak macam stabil (Yang ni korang kena cek sendiri, yang saya tengok pasang pada toyota vios dan wira. kos dlm RM100 je)

2. Ada yang masukkan minyak masak (minyak kelapa sawit) dalam enjin ganti minyak enjin sebenar. katanya lagi baik. Enjin jadi lembut je tekan minyak macam laju je nak jalan, temperature selalu rendah je. (Yg ni pun korang kena cek sendiri, Gasket kena pakai yang elokla kalau tak bocor)

3. Korang ada motor? Naik motor la jimat minyak.

4. Kalau nak bawak ramai naik motor tak boleh kan. So korang isi minyak motor penuh-penuh lepas tu buat macam gambar kat bawah.
-
-
-
-
Tapi kaki kena power minum tongkat ali selalu

Tiada ulasan: