4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Isnin, 15 Jun 2009

Keutamaan Kasih Sayang

Telah bersabda Rasulullah SAW "Tidak akan masuk syurga selain pengasih"
Mereka bertanya,"Ya Rasululllah, tiap-tiap kami pengasih". Rasulullah SAW bersabda"Bukanlah pengasih orang yang menyangi dirinya sahaja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri"

Dari Hassan dari Rasulullah SAW baginda bersabda: " Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamtnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim".

Rasulullah SAW bersabda:" Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. Kasihanilah yang dibumi maka yang langit akan mengasihanimu."

Baginda bersabda:" Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafi pula."

Rasulullah SAW bersabda:" Ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka itu bagai satu jasad, Bila sebahagian sakit, seluruh badan turut berduka dengan panas dan berjaga."



Tiada ulasan: