4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Jumaat, 26 Jun 2009

Micheal Jackson Meninggal Dunia

Micheal Jackson disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung dan pernafasan, Bermula dari penyakit kulitnya dan masalah kewangan beliau telah meninggalkan peminatnya pada usia 50 tahun. Semua ahli keluarga Micheal Jackson dan beribu peminat Micheal Jackson telah berkumpul di Pusat Rawatan UCLA untuk memberikan penghormatan kepada Raja Pop dan ada yang masih belum mempercayai akan peristiwa ini.

Los Angeles County Coroner berkata Micheal Jackson disahkan meninggal pada 2:26pm Khamis (waktu tempatan LA) Micheal Jackson telah tidak sedarkan diri di rumah beliau di Los Angeles pada pagi Khamis menurut Randy Jackson. Bantuan 911 telah tiba dikediaman beliau pada 12:21pm. Micheal Jackson tidak menunjukkan sebarang tindak balas semasa di bawa ke Hospital. Micheal jackson telah dirawat dan dipindahkan ke UCLA medical center.

Micheal Joseph Jackson telah dilahirkan pada 29hb ogos 1958 di Gary Indiana, Dia adalah anak ke 7 dari 9 adik beradik. (sigmund "Jackie", toriano "Tito", Jermaine, Marlon, Steven "Randy", dan perempuan Rebbie, Janet dan La Toya Jackson)

Mula menyanyi pada usia 5 tahun sebagai penyanyi utama untuk The Jackson Five yang ditubuhkan pada 1964. Empat single pertama mereka " I want you back", "ABC", "The Love you save" dan"I'll be there" . The Jackson Five telah merakamkan 14 album dan Micheal Jackson merakamkan 4 album solo bersama Motown yang membawa mereka ke dunia nyayian.

The Jackson Five kekal bersama Motown sehingga 1976, Mereka meninggalkan Motown untuk lebih berjaya dan telah menandatangani bersama Epic. Mereka terpaksa menukar nama kepada The Jackson kerana The Jackson Five adalah milik Motown. Abang nya Jermaine sahaja yang kekal bersama Motown dan telah berkahwin denngan anak Berry Gordys.

Pada 1977 Micheal Jackson mula berlakon dalam musical filem "The Wiz" berperanan sebagai "Scarecrow" bersama Diana Ross.

Pada 1982 Micheal Jackson telah menghasilkan album terlaris yang berjaya di jual di dunia pada masa itu "Thriller" dan sebanyak 50 juta salinan telah dihasilkan dan memenangi banyak anugerah.

Pada 1984 Micheal Jackson memenangi pemecah record bagi 8 Grammy award dalam satu malam. Semua award berkenaan adalah bagi album "thriller" dan juga " ET Storybook"

tag: Micheal Jackson meninggal dunia



Tiada ulasan: