4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Jumaat, 12 Jun 2009

Perang Cyber Hackers Malaysia VS Indonesia

Terdapat ura-ura dan berita dari Indonesia bahawa Hackers Malaysia akan menggodam mail yahoo penduduk Indonesia esok. berita ini telah tersebar melalui yahoo messenger dan semuanya berkaitan Manohara Odelia Pinot (kononnya didera).

Serangan dalam website sebenarnya telah bermula dengan satu sama lain saling menyalahkan yang lain. Amaran telah dikeluarkan kepada semua pengguna yahoo messenger di Indonesia supaya tidak menerima sebarang "friend request"

Beberapa web Malaysia telah diceroboh oleh hackers Indonesia diantaranya adalah http://carihouse.com/, http://uumtvchannel.com.my dan http://aspati.com.my/sekolah/. Ketiga-tiga web ini menjadi hitam dengan bergambar bendera Malaysia yang dikoyak dengan pesanan:- Dedicated to:Manohara Odelia Pinot. Kami tidak rela wanita Indonesia Disekap dan dianiaya oleh kalian.

Hacker Indonesia yang mengelar diri mereka Gembelcyber dengan beberapa hacker lain seperti Jatimcrew, bl4ck_h4t. Namun web aspati.com.my dan beberapa lagi telah dihacked oleh hackers Malaysia. Dengar khabar hampir 50 web Malaysia telah digodam oleh hackers Indonesia yang membuatkan hackers Malaysia akan bertindak  melancarkan perang cyber ini.

Dengan harapan perkara seperti ini tidak berpanjangan kerana yang rugi adalah kita sebagai bangsa serumpun. Yang kecil jangan diperbesarkan.

inilah rupa salah satu web yang digodam


Tiada ulasan: