Search This Blog

Loading...

JUALAN PELBAGAI BARANGAN MENARIK DENGAN HARGA BERPATUTAN.

Wednesday, June 3, 2009

SEBUTAN SEMULA KES AKHIL 15 JULAI

KUALA LUMPUR, 3 JUN 2009: Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, semalam, menetapkan tarikh sebutan semula kes tuntutan perceraian antara Maizawati Zainal dan suaminya, Akhil Abdul Hai atau Akil Hayy, pada 15 Julai 2009.

Laporan Harian Metro hari ini menyebut, Hakim Syarie, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, membenarkan penangguhan kes itu semalam selepas kedua-dua pihak bersetuju berunding dan menyelesaikan kes itu dengan baik dalam tempoh sehingga tarikh berkenaan.

Persetujuan dicapai selepas peguam Maizawati iaitu Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais, mengadakan perbincangan secara tertutup dengan Akil selama 45 minit sebelum prosiding bermula.

"Kedua-dua plaintif (Maizawati) dan defendan (Akhil) memberi kerjasama ke arah itu (selesai secara baik). Sekiranya penyelesaian dapat dicapai dengan kedua-dua pihak bersetuju dengan terma dan syarat ditetapkan, kami akan datang pada tarikh berkenaan untuk merekodkan penyelesaian itu," kata Zulkifli.


Maizawati tiba di Kompleks Mahkamah Syariah kira-kira jamm 9.30 pagi bersama 6 anaknya yang berusia antara 2 hingga 16 tahun dengan menaiki kereta Proton Gen.2. Akhil pula menaiki Proton Wira Hitam yang dipandu oleh rakannya dan beliau tidak diwakili oleh peguam.

Hakim Mohd Ridzuan kemudian mengingatkan Maizawati dan Akhil menyelesaikan kes itu secara berhemah serta tidak mengheboh atau memperbesarkan kes mereka untuk tatapan umum.

Beliau juga mengingatkan peguam, pengamal undang-undang serta wartawan tidak memberi sebarang ulasan atau pendapat peribadi kerana ia boleh menjejaskan proses perbicaraan.

Sementara itu, Akhil dilaporkan sebagai turut mengambil kesempatan menyindir tindakan isterinya menghebahkan masalah rumah tangga mereka kepada umum.

"Selepas ini sesiapa ada masalah bolehlah ke stesen televisyen untuk mengadu dan stesen televisyen boleh menjadi mahkamah kedua, " katanya.

Akhil berkata lagi dia mengutamakan keadaan kondusif, ketenangan dan kedamaian untuk menghadapi sebarang perkara.

"Ia sedang dicatur Tuan Punya dunia... tak apalah, mungkin hari ni hari kau, esok-esok hari aku. Pihak yang nak mencabar kredibiliti saya sebagai pendakwah mungkin sekarang berpuas hati dengan apa yang berlaku," kata Akhil.

Sebelum pulang, Akhil sempat memeluk dan mencium anak bongsunya, Muhd Shatiri Hidayatullah, 2.

Sementara itu, Maizawati pula berkata dia tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk berbincang untuk bersemuka dan berbincang dengan suaminya bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

"Saya tidak boleh bagi komen, harap semua bersabar dan tengoklah pada 15 Julai nanti. Saya akan teruskan hidup macam biasa," kata Maizawati.

credit to MURAI


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Anak-anak seharusnya dipanggil dengan gelaran yang lebih dewasa seperti kak long/abang long/kak ngah dan elakkan dari memanggil mereka dengan gelaran yang membantutkan kedewasaan mereka seperti boboi/manja/baby/adik/ dll. Teruskan

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu...teruskan

Barat membisu dengan bukti bulan pernah dibelah

Salah satu dari mukjizat Nabi Muhammad yang mashur ialah baginda telah membelah bulan kepada dua, dengan izin Tuhan, dan kemudian bercantum semula.Teruskan

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari untuk mendapatkan sehelai saputangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50sen dari poket seluar ayah..teruskan

Tahukah anda

Tiada siapa yang mampu mencuri ilmu yang kita perolehi dengan membaca. Jadikan diri kita sebahagian daripada masyarakat yang berilmu.