4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Sabtu, 20 Jun 2009

Selamat Hari Bapa

Pada hari bapa tahun ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua kaum bapa di Malaysia. Setiap tahun kita mengucapkan selamat hari bapa tetapi apakah kita benar-benar meraikan dengan memberitahu kita benar-benar sayang dan hormat kepada bapa kita. Ada masanya apabila kita sibuk berkerja adakah kita ingat pada bapa kita? Adakah kita memberikan masa yang cukup dan tetap untuk kita bersama bapa kita? adakah kita menghargai dengan duduk bersembang dengan bapa kita? adakah kita pulang kekampung pada hari raya sahaja (itupun jika pulang)? Soal wang, kenapa kita tidak menghulurkan sedikit wang kepada bapa sebagaimana kita hulurkan wang kepada pihak Bank tepat pada masanya setiap bulan (ada yang lakukannya dengan baik setiap bulan kepada bapa mereka)?.

Persoalan seperti ini harus kita soal diri kita setiap hari, sebagaimana bapa kita ingatkan anak mereka setiap masa. Kepada anak-anak, alasan yang selalu diberi, terlalu sibuk dengan kerja, sibuk uruskan anak-anak sendiri dan macam-macam lagi. kenapa kita tidak masukkan aktiviti bersama ibubapa dalam jadual kehidupan harian kita. Berapa kali kita habiskan masa telefon bapa kita dalam seminggu?.

Lebih menyedihkan atas alasan kerja ataupun mudah diuruskan anak-anak yang berguna ni telah menghantarkan bapa mereka ke rumah orang tua (belajar tinggi-tinggi tapi akal tiada). Hancurnya hati bapa walaupun tidak ditunjukkan depan anak kerana takutkan anak kecil hati. Begitulah besarnya pengorbanan BAPA kita. Kepada yang masih mempunyai BAPA hargailah anda kerana bapa saya telah mengadap Ilahi 15 tahun yang lalu. Hanya doa yang dapat saya hadiahkan kepada bapa yang tersayang.



Tiada ulasan: