Pilih di antara awek formula atau awek logik. Ada 2 orang awek, satu fikarannya lebih kepada 1+1=2 (cara matematik) (M) dan seorang lebih kepada logik (L) dan "common sense" mereka berdua berjalan di satu lorong yang gelap, Setelah beberapa lama mereka berjalan..
M: L kamu ada nampak seorang lelaki yang asyik mengekori kita sejak 5 minit yang lalu. Saya khuatir dia ada niat yang tidak baik.
L: Ya betul dia ada niat yang tidak baik.
M: Oh tidak, dengan cara kita berjalan ini dia akan dapat menangkap kita dalam masa 15 minit. Apa harus kita lakukan.
L: Hanya ada satu cara yang logik kita patut buat iaitu berjalan dengan lebih cepat.
M: Dengan berjalan cepat tidak dapat membantu
L: Tentu sahaja tidak membantu kerana jika kita berjalan cepat dia juga akan mempercepatkan jalannya.
M: Apa yang harus kita lakukan? Dengan kelajuan sekarang dia semakin menghampiri dan dalam 2 minit di akan berjaya menangkap kita.
L: Hanya ada satu saja jalan. Kamu ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan, dia terpaksa memilih yang mana harus dia ikut.
Setelah kedua-duanya berpisah ternyata lelaki tadi mengikut awek Logik tadi. Awek matematik telah sampai kerumah dahulu dan dia risaukan akan rakannya tadi. Tidak lama kemudian rakannya pun tiba.
M: Syukur kamu juga selamat, macam mana dengan lelaki tadi?
L: Selepas kita berpisah dia terus mengikut aku
M: Kemudia apa yang terjadi ( awek M tak sabar nak mendengar )
L: Saya lari dengan sekuat-kuatnya dan lelaki itu juga lari sekuat-kuat hatinya mengejar saya.
dan dia berjaya menghampiri saya ditempat yang gelap.
M : Dan... dan.. Lalu.. Apa yang kamu lakukan?
L : Hanya dengan logik yang ada saya mengangkat kain saya.
M : Haa jadi apa yang lelaki tadi buat dengan kamu.
L : Lelaki tadi apa lagi terus melondehkan seluarnya.
M : Oh tidak... Lalu apa yang terjadi kemudian?
L : Logiknya bukankah perempuan yang megangkat kainnya akan berlari dengan lebih laju dan lelaki yang melondehkan seluar pasti terjatuh bila berlari..Jadi aku pun selamat laa.
M/L: Kahh kahh kahhhh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan