4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Jumaat, 17 Julai 2009

Fizz Fairuz tumpu pada kerja

EMPAT tahun menjalin cinta, masih belum ada tanda pasangan kekasih Fizz Fairuz, 30, dan Almy Nadia, 23, mahu mengakhiri percintaan mereka dengan sebuah ikatan nan suci (perkahwinan). Alasan si jejaka, mahu menumpukan lagi perhatian terhadap dunia lakonan meskipun dalam diam sudah sembilan tahun bergelar pelakon.

Si gadis pula harus sabar menanti. Takkan dia pula yang hendak terhegeh-hegeh bertanya bila kekasih hati mahu menghantar rombongan untuk menetapkan hari. Selagi kekasihnya tidak bersuara, selagi itu Almy harus menanti.

Namun jiwa seorang wanita, sampai bila mampu bertahan. Perkahwinan sudah semestinya menjadi impian. Kala ditemui di majlis makan malam anjuran Rafflesia The Pearl Centre, si manis Almy tidak menafikan mahu sehidup semati bersama kekasih hati. Bagaimanapun sehingga ke saat ini, Fizz masih belum menyentuh apa-apa pun mengenai perkahwinan.


Tiada ulasan: