Pengambilan makanan Halalan Tayyiban atau halal yang baik bukan sahaja melahirkan masyarakat yang cergas bahkan akan menjana ekonomi umat. Menurut beberapa penganalisis ekonomi dunia, nilai pasaran makanan halal dunia pada masa ini dianggarkan bernilai USD560 bilion setahun yang melibatkan RM1.6 bilion pengguna umat Islam di seluruh dunia. Berdasarkan pasaran luas makanan halal di dunia, maka negara bukan Islam atau syarikat bukan Islam telah berlumba-lumba mengambil kesempatan bagi mengeluarkan makanan dan produk-produk halal yang lain.
Persoalan besar timbul ialah apakah maksud sebenar Halalan Tayyiban? Berdasarkan pemerhatian, sebahagian umat Islam hanya memahami makanan halal adalah makanan yang bersumber daripada binatang halal yang disembelih dan tidak mengandungi lemak babi. Ini adalah pemahaman yang silap.
Berdasarkan pemahaman yang silap ini, maka kita lihat orang Islam kelihatan menjual makanan yang halal tetapi premis atau kedai kotor, pinggan mangkuk, tempat memproses makanan, stor dan sebagainya tidak bersih dan menjijikkan. Kadangkala penjual dan pekerja juga tidak menjaga kebersihan diri mereka. Keadaan ini bercanggah dengan ajaran Islam dan Prinsip Halalan Tayyiban.
Teruskan membaca di asshafiee.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan