4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Khamis, 23 Julai 2009

Hilang ingatan selepas dihempap kura-kura

Hilang ingatan selepas dihempap kura-kura

CHONGQING - Seorang budak perempuan di China iaitu Cheng Cheng hilang ingatan dan terpaksa dibawa ke sebuah hospital setelah dia dihempap seekor kura-kura yang sedang bunting, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut ibu saudaranya iaitu Ling Lang, ketika berjalan, dia mendengar Cheng Cheng menjerit dan apabila menoleh ke belakang budak perempuan itu terbaring dan kepalanya dilumuri darah.

"Terdapat seekor kura-kura dekat tubuhnya," katanya.

Dr. Zhuo Xuan yang merawatnya berkata: "Dia tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku kepadanya.

"Kami percaya, dia menghidap amnesia bagi tempoh jangak pendek."

Menurut seorang anggota polis, kura-kura itu dicampak dari sebuah flat.

"Kami sudah menyoal siasat penghuni flat yang menafikan melakukan perbuatan itu,"katanya.

Bagaimanapun, kura-kura itu mati selepas dibuang dari ketinggian tinggi dan bangkainya dibekukan bagi tujuan pemeriksaan forensik. - Agensi sumber kosmo

Tiada ulasan: