4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Isnin, 6 Julai 2009

Transformer dan Ice Age Seri

Ice Age Dawn of the Dinosaurs membuat kutipan sebanyak USD148 juta selama 5 hari pertama tayangan di 101 buah negara.

Ice Age Dawn of the Dinosaurs mencapai keputusan seri bersama the Transformers Revenge of the Fallen terhadap kutipan yang telah diramalkan sebanyak USD42.5 juta di dalam lima hari bermula rabu. Kutipan ini tidak dibantu oleh cuti yang jatuh pada Jumaat 4 julai.

Bagi kutipan dalam negara (US) Ice Age Dawn of the Dinosaurs mendapat kutipan kasar sebanyak USD 67.5 juta jika dibandingkan USD 65 juta untuk Transformers Revenge of the Fallen, manakala Public Enemies pula berjaya mengutip USD41juta.

Walaubagaimanapun kutipan pada hari Jumaat dan Sabtu lebih kepada pasaran luar negara memandangkan penduduk US lebih banyak keluar "picnic" dan melihat pertunjukan bunga api sempena 4 Julai berbanding menonton wayang.

Ice Age dawn of the Dinosaurs yang memakan belanja sebanyak USD90 juta mendapat kutipan yang kurang bagi tempoh 5 hari pertama penayangan berbanding terbitan pertama Ice Age The Meltdown yang mana mencapai target dalam tempoh 3 hari.

Kedua-dua tayangan ini adalah berbaloi ditonton.

Tiada ulasan: