4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Selasa, 4 Ogos 2009

Dihina

Kenapa bagi sesetengah orang tidak merasa malu menghina orang lain, bukan sedikit hinaan malah sampai ke tahap anjing dan pelacur. Saya amat sedih dan tidak sangka masih ada orang yang tergamak berperagai sedemikian. Tidak ada sedikit perasaan bersalah dalam dirinya apabila melakukan perkara terkeji itu. Ingatlah tiada yang lebih baik dari menjadi contoh dan tauladan melainkan dengan mencontohi peribadi rasullullah SAW.

Peribadi yang baik akan disenangi, insyaallah segalanya akan menjadi baik tanpa masing-masing menyimpan dendam. Beginikah yang dianjurkan oleh Islam? Kita seharusnya merasa malu pada diri sendiri dan bangsa lain, kita bercakap tentang Islam menganjurkan peribadi yang baik tetapi umat Islam sendiri berpecah belah dan berperagai lebih dasyat...harapan saya agar semuanya berakhir, kembalikan zaman Islam dan masyarakat pada masa saya kanak-kanak dahulu, Sekampung harmoni, Besolat bersama-sama, berkenduri tanpa mengenal warna, Kemana pergi semua ini? Ingatlah kita telah tersimpang jauh dari landasannya. jangan biarkan ada yang menagguk di air yang keruh atas kelalaian kita sendiri.


Tiada ulasan: