4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Selasa, 11 Ogos 2009

Dongeng gagak dengan batu - rook bird

Burung gagak

Eksperimen dilakukan oleh Christopher Bird dari Cambridge University beserta rakan-rakannya dengan menggunakan tabung 6 inci berisi air dan cacing. Ketika tabung diletakkan berhampiran sekumpulan burung rook, secara spontan mereka menaruh sejumlah batu ke dalam tabung untuk menangkap cacing yang terapung.

Percubaan yang dilakukan oleh Christopher Bird tersebut mendapat tentangan dari Alex Taylor dan Russell Gray dari University of Auckland, Mereka beranggapan, rook hanya mengulang apa yang dilakukan di eksperimen sebelumnya, yang kala itu mereka menjatuhkan sebiji batu untuk mendapatkan makanan yang ada di dasar tabung.

Christopher Bird menyangkal anggapan Alex dan Russell. Dia mengatakan bahawa rook menjatuhkan lebih dari satu batu untuk mengangkat cacing ke permukaan tabung. Rook lebih memilih untuk mengangkat cacing ke permukaan tabung dibanding memeriksa dasar tabung untuk memakannya.

Pengkaji-pengkaji yang terlibat dalam percubaan Christopher Bird juga menambah bahawa ada kemungkinan gagak yang diceritakan dalam dongeng sebenarnya adalah rook. Perkara ini mungkin saja terjadi kerana rook sebelumnya juga disebut gagak.





Tiada ulasan: