4G Internet Pantas Dengan Kelajuan Maksimum Tanpa Sekatan, Penjimatan Panggilan, Tiada Kecurian Kredit, Tiada PayPerUse Internet yang menghabiskan kredit, Tempoh Kredit Lama, Panggilan Murah 6sen, Kuota Internet boleh bawa kehadapan, SEGALANYA DISINI

Cari Blog Ini

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kapal terbang tehempas di Taiping

Pada 16 ogos lalu sebuah kapal terbang terhempas di taiping, di sini terkiniadmin memaparkan video eklusif semasa kapal terbang berkenaan terhempas. Dari saat ianya berlepas dan terhempas.





ps: klip video ini telah dikeluarkan atas nasihat seorang penonton di youtube kerana siasatan masih dijalankan dan untuk mengelak dari terlibat secara langsung dengan siasatan. update 11/09/09

Ini adalah petikan dari akhbar utusan
TAIPING 16 Ogos — Seorang warga asing terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya terhempas dan terbakar ketika baru berlepas di Lapangan Terbang Tekah, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Syed Abdul Wahab Abdul Majid berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu dikenali sebagai Michael Robert berasal dari United Kingdom.

Mangsa yang mengalami cedera parah selain melecur, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini.

Syed Abdul Wahab berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu sendirian dikatakan melakukan ujian ke atas pesawat ringan tersebut.

Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping, Mohd Sobri Abdullah berkata ketika kejadian anggota bomba telah ditempatkan di lapangan terbang tersebut pada pukul 8.30 pagi atas permintaan daripada Syarikat Patimas Technology Centre yang dipercayai pemilik pesawat terbabit.

Katanya ketika pesawat tersebut berada kira-kira 200 meter di ruang udara, tiba-tiba pesawat tersebut menjunam ke bawah dan terhempas lalu terbakar.

Seramai 18 anggota bomba dengan tiga jentera yang berada di situ dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran sebelum mangsa dikeluarkan, kata Mohd Sobri.

Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menyiasat bagi mengetahui punca kejadian.





Tiada ulasan: